Cara paling mudah untuk dapatkan RM1,000,000 dalam masa 5 tahun.
Bila ada pemikiran jadi kaya akan kena rompaklah, apa lah, memang sampai ke sudahlah tak akan jadi jutawan.
Orait. Macamana caranya untuk ada
simpanan sebanyak RM1,000,000 dalam masa 5 tahun? Bila kita tengok jumlah
RM1,000,000 tu memang banyak kan? Memang rasa mustahil nak ada simpanan macam
tu sebab jumlahnya terlalu besar. Tapi aku suka letakkan 1 ayat dalam minda
aku, tak mustahil benda yang mustahil boleh berlaku.
Aku belajar 1 benda baru daripada
rakan-rakan media sosial. Kata mereka, kalau nak dapat jumlah macam tu, semudah
ABC! Itu kata mereka! Pada aku macam susah! Kata mereka senang! Bila aku tanya,
apa yang membuatkan mereka kata nak buat RM1,000,000 dalam masa 5 tahun sangat
senang? ini jawapan mereka.
Jangan tengok pada jumlah yang besar, tapi tengok pada jumlah yang kecil.
Apa maksudnya dengan jumlah yang
kecil ni? Kata mereka, kalau kita tengok pada jumlah yang besar, memang kita
akan rasa susah, tapi cuba perkecilkan jumlah tu. Bila kita tengok jumlah yang
kecil, minda kita akan set benda tu akan jadi mudah dan dalam sedar tak sedar,
kita akan dapat apa yang kita targetkan. Ini contohnya.
- Target RM1,000,000 (5 Tahun)
- RM1,000,000 /5= RM200,000.
- RM200,000/12 = RM16,000
- RM16,000/31 = #RM530
Jadi, kalau korang menyimpan
cita-cita untuk ada simpanan kewangan RM1,000,000 dalam masa 5 tahun, korang
kena dapat RM530 1 hari. Maintainkan pendapatan tu, dan tahun ke 5, korang akan
dapat RM1,000,000.
MENGARUT! Gila apa nak dapatkan RM530 1 hari??
Macam yang aku ada cakap dekat
awal tadi, kalau dalam minda kita sendiri dah cakap benda ni mustahil, memang
sampai ke sudahlah kita tak akan dapat apa-apa. Kena bukak minda kita. Fikir
secara meluas. Big think! Kenapa orang luar, datang negara kita boleh jadi
kaya? Mereka nampak yang dekat sini ada “lubuk” rezeki!
Eh! Sakit hati bila orang luar cakap, tak ada maknanya kalau duduk sini tapi tak tahu buat duit! Orang luar berlumba-lumba masuk sini sebab mereka nampak sesuatu yang mungkin orang kita tak nampak!
Aku suka teknik bigthink ni!
Berfikiran besar! Letak target yang tak masuk akal dan cuba capai! Aku letak
target yang tinggi, tapi tahu apa yang aku buat? Aku nak rasa yang “kecil”
dulu. Aku nak ada simpanan RM100,000 dalam
masa 1 tahun. Gunakan konsep yang sama seperti di atas.
- Target RM100,000 (1 Tahun)
- RM100,000/12 = RM8,300
- RM8,300/31 = #RM270
Jadi, kalau aku nak ada simpanan
RM100,000 dalam masa 1 tahun, aku kena dapatkan RM270 1 hari. Dan untuk
dapatkan RM270 1 hari tu tersangatlah mudah! Sungguh aku cakap ni, sangat mudah
untuk dapatkan nilai macam tu. Hanya bermodalkan internet dan semangat yang
tinggi, kita pasti dapat!
Oklah! Rasanya cukuplah setakat
itu perkongsian aku tentang bagaimana Cara
paling mudah untuk dapatkan RM1,000,000 dalam masa 5 tahun! Di lain hari,
aku akan kongsikan pula cara bagaimana aku hasilkan income RM270 1 hari atau
lebih! Hanya bermodalkan internet. Ok? See ya!
0 Comments