Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai. | MrEjoy

Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.

Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.

Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis. Dah baca cerita mengenai Cara paling mudah untuk dapatkan RM1,000,000 dalam masa 5 tahun? Yang sebenarnya, apa pun perkara di dalam dunia ini, jika kita melihat yang ianya sukar, pasti akan jadi sukar. Dan begitulah sebaliknya, jika kita lihat ianya mudah, pasti mudah jadinya. Samalah halnya dengan Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai ni.

Buat mereka yang tak tahu, SSP tu bermaksud Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional. Apa kelebihannya SSP BSN ni? Kalau tanya pada kebanyakkan orang, mereka akan jawab, sebab ada peluang menang RM1j atau kereta BMW, ataupun wang tunai! Sebabnya, setiap bulan akan ada cabutan. Nasib korang baik, korang dapatlah hadiah tu. Hehehe.

Tapi hari ini aku bukan nak cerita pasal hadiah-hadiah yang bakal korang menang melalui Sijil SSP BSN ni. Tapi aku nak cerita pasal macamana nak tukarkan SSP BSN kepada wang tunai. Kena tahu ya, sijil SSP ni dalam bentuk kertas. Bukan ada kad ATM yang korang boleh cucuk dekat mesin ATM tu. Dari segi positifnya, korang boleh betul-betul saving sebab duit susah nak keluar. Dari sudut negatifnya (dari pandangan mata aku la) kalau korang terdesak, waktu tu pulak ada dekat lokasi mana-mana ke, dah susah. Hahaha.

Berbalik semula pada cerita macamana nak tukarkan sijil SSP BSN ni kepada wang tunai. Ikut step ini satu persatu ya.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat.
  2. Kemudian jangan lupa bawak sijil SSP BSN ni.
  3. Bila sampai ke sana, ambil no (rasanya bawah tajuk Urusan lain-lain) kemudian tunggu sehingga no anda di panggil.
  4. Kemudian, bila no di panggil, bangun secara perlahan-lahan dan pergi kepada kaunter tersebut. Kalau dia beritahu kaunter 3, kena pergi kaunter 3. Jangan pergi kaunter 5 pulak.
  5. Kemudian serahkan sijil SSP BSN ni dengan tertib kepada pegawai bank.
  6. Pegawai bank akan minta kita tulis borang pengeluaran wang. Borang tu warna merah. Isi dengan betul mengikut jumlah yang korang nak keluarkan.
  7. Kemudian pegawai bank akan minta IC (Kad pengenalan korang). Dia akan maksudkan dalam kotak berwarna hitam (ada depan korang) untuk pengesahan identity. Kena letak ibujari kanan korang dekat situ.
  8. Kemudian, bila semuanya ok, korang kena tunggu kejap. Pegawai bank akan kirakan wang dan kemudian berikan pada korang. Dah siap! Mudahkan? Hehehe.

Share:

16 comments

  1. Assaalamualaikum saya buat melalui atm sebab tersilap tekan. Jadi saya takda slip tula. Nak buat macamana ya?

    ReplyDelete
  2. Jika nak tunaikan bsn ssp melalui mybsn macam mana ya

    ReplyDelete
  3. Klu sjil primum yg kita beli sdh brthun2 mci blh chek ke?

    ReplyDelete
  4. Dia akan keluar duit kite yg simpan je ke? SSP ade dividen kan, dividen tu boleh keluar skali ke?

    ReplyDelete
  5. Die ade dividen ke? Jumlah keluar akan skali dividen ke?

    ReplyDelete
  6. Saya orang Indonesia , tak sengaja tertekan ,, macam mana nak claim sebab saya tiada IC ,, mohon bantuannya terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya nak buka akaun mesti ada ic atau passport

      Delete
  7. Sy nak keluarkan duit ssp tu tapi sijil ssp dah dimakan anai2.. bagi IC pun boleh kan..

    ReplyDelete
  8. Kalau tkde sijil tu mcm mana..bleh ambik ke duit tu balikk

    ReplyDelete
  9. Brape hari kna tungu slelpas jual balik

    ReplyDelete
  10. Jika kita trbeli sijil smpanan premium ni. . Lepas 45hari baru kita boleh amik balik . Datang saja ke kaunter bsn bg ic.. . Ckp bagi keluar duit dlm ssp... Tapi lepas 45hari slepas tarikh pembelian. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah bertahun2 dapat ambik balik tak duit SSP tu

      Delete
  11. Kalau dah bertahun2 duit SSP tu dapat ambik balik kah

    ReplyDelete
  12. Xbyk simpan sjil premium tu nilai seratus je..tp prsoalannya boleh dpt balik x walaupun dah 2tahun lbih...baru nk amik tahu...sekadar brtanyq

    ReplyDelete
  13. Lima tahun ???? tapi saya DAH hampir 12 tahun beli SSP tak menang pun.Dari nombor SSP 005248....... Lagi

    ReplyDelete