Hati penuh riang, tapi..

Hati penuh riang,
tapi.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih lagi
diberikan kesempatan untuk menulis di blog ini. Nampaknya, perkongsian mengenai
Resepi Teh Tarik Dhaka mendapat
perkongsian yang memberansangkan daripada pembaca blog mrejoy.com. InsyaAllah, aku
akan cuba kongsikan lebih banyak lagi resepi selepas ini. Baiklah! Hati aku
sangat riang hari ini bila bukak je email! Sebabnya aku dapat email yang
mengatakan akaun adsense dah lulus! Full account adsense approve! Hati
siapa yang tak riang kan? Tapi dalam pada gembira tu, ada yang kurang
menyeronokan. Apa dia tu? Jom lanjutkan bacaan korang.
Dapat email akaun adsense lulus!
Ok, apa perasan korang bila dapat email macam dekat atas ni?
Confirmlah rasa seronok kan? Samalah dengan aku. Bila nampak tajuk je hati aku
dah riang, itu belum bukak lagi. Sebab aku dah tahu apa isi kandungan email tu.
Riang weh! Tak terkata hati ni. Rasa macam nak belanja semua orang makan
aiskrim. Hehehe.
Adsense adalah medium pengiklanan paling top dalam menghasilkan income USD secara online.
Nak buatkan hati ini rasa lebih seronok bila dapat email
yang mengatakan akaun adsense dah lulus,
aku tak terus bukak. Sebaliknya, aku bukak email lain. Email collaboration! Ini
pun sesuatu yang menarik juga untuk blogger. Tapi blogger picisan macam aku ni,
takdalah dapat email collaboration with
Airasia ke, blogger FAM trips ke,
hehehe.
Bila dah habis baca semua email mengenai invitation ni,
barulah aku bukak email “Your site is
now connected to AdSense”. Walaupun dah tahu apa isi kandungannya, aku
tetap juga bukak sebab nak tengok dengan mata sendiri. Hehehe. Wah! Congratulations! Your account is now fully
approved! Seronok weh! Seronok sebab lepas ni akan ada iklan adsense
menari-nari dekat blog mrejoy! Hahahaha.
Bila dah dapat email ni, aku terus bukak akaun adsense.
Sebab dah nampak iklan apa yang aku nak pasang dekat blog aku. Tapi lain pula
jadinya! Sebab perkara pertama yang aku nampak adalah, akaun aku masih under
review! Eh?? Kata dah lulus, tapi kenapa dalam akaun masih ada notis under
review? Ok, bab ini aku kecewa! Arghh!
Hati yang mulanya riang, dah jadi kecewa semula. Yelah,
email kata dah lulus, tapi akaun kata masih under review. Macamana tu? Baru nak
nampak iklan menari-nari dekat blog mrejoy! Aku pun tak pasti apa yang sebenar
berlaku. Dah cuba cari kalau-kalau ada rakan blogger yang mengalami perkara
yang sama tapi masih belum berjumpa. Apa nak kata, kita nantikan sahajalah
sehingga iklan keluar di blog ini ya. hmm.
1 Comments
Samalah...
ReplyDelete