
Ingin travel ke Iceland? Baca perkongsian ini. | Bila sebut Iceland, perkara pertama yang muncul di dalam minda kita sudah pastinya negara beku! Negara yang penuh dengan ais! Tapi tahukah korang, yang ada beberapa lokasi di sana berwarna hijau dan bukannya biru (merujuk kepada warna ais). Kali ini aku nak bawa semua pembaca blog Mrejoy ke negara Iceland bagi melihat beberapa lokasi menarik di sana! Jom ke Iceland!
Tiada penerbangan
terus ke Iceland!
Untuk sampai ke negara ini (melalui pembacaan aku dari blog
ke blog) korang kena terbang dari malaysia ke doha terlebih dahulu, kemudian ke
Copenhagen, Denmark. Kemudian barulah ke Iceland. Dan tempoh perjalanan ini
lebih kurang 22jam! 2 jam sahaja lagi nak cukup 24jam! Hahahahhahaha.
Apa yang menariknya mengenai Iceland ini adalah, ianya
adalah sebuah negara yang berpenghuni! Walaupun nama negara ais, tapi boleh
tahan ramai juga penduduk dekat sini. Dan mereka juga mempunyai budaya mereka
yang tersendiri seperti muzik, sastera dan yang paling best, masakan!
Namun di dalam kelebihan tersebut, aku lebih mengemari
tarikan-tarikan menarik di sana. Dan di sinilah yang memadamkan terus pemikiran
aku selama ini yang beranggapan Iceland adalah sebuah negara yang penuh dengan
AIS!
Tarikan menarik di negara Iceland!

#1. Hornstrandir Nature Reserve
Ok. Kita mulakan lokasi pertama kita. Terletak di Westfjords,
Hornstrandir Nature Reserve merupakan 1 lokasi berwarna “hijau” di sana. Ada 1
kawasan tebing yang tinggi di tepi laut dekat sana yang merupakan mercu tanda
untuk kawasan ini. Buat masa sekarang, tiada fasiliti lengkap di sana dan di
sarankan untuk membawa alat kecemasan anda sendiri.

#2. Husavik
Husavik merupakan sebuah kampung nelayan yang kecil yang
terletak dalam kawasan yang terlindung di utara Iceland. Dan di sini adalah
lokasi yang paling baik (di eropah) untuk melihat ikan paus. Dan di antara
spesis ikan paus yang ada adalah minke, humpback dan blue whales serta
white-beaked dolphin.
#3. Landmannalaugar.
Fuh! Punyalah panjang nak sebut. Lokasi ini terletak di dalam
hutan simpan semula jadi Fjallaback di kawasan tanah tinggi pedalaman Iceland.
Nampak tak? walaupun nama negara Iceland, mereka siap ada hutan simpan sendiri
tau. Dan untuk mereka yang suka mendaki, lokasi ini sesuai untuk anda!

#4. Thingvellir National Park.
Lokasi ini merupakan lokasi bersejarah untuk negara ini
kerana parlimen pertama Iceland telah ditubuhkan disini pada abad ke 10. Di
antara tarikan menarik disini adalah pemandangan gunung, lembah, tasik dan
kesan akibat daripada letusan gunung berapi.

#5. Myvatn
Lokasi yang akan menghapuskan terus pemikian kita mengenai
negara Iceland! Myvatn! Lokasi terbaik untuk melihat burung kerana disini
terdapat lebih kurang 100 spesis burung! Lokasi ini terbentuk akibat laluan
larva panas kira-kira ribuan tahun dahulu.

#6. Reykjavik
Reykjavik merupakan sebuah lokasi dengan kepadatan penduduk
seramai kira-kira 120,000 orang. Terletak di Seltjarnarnes di barat daya
Iceland. Dekat sini kita boleh melihat budaya dan gaya hidup sebenar masyarakat
Iceland. Di sini juga terdapatnya pelbagai muzium dan lokasi bersejarah.

#7. Jokulsarlon
Lokasi terbaik untuk melihat kuasa alam semulajadi. Lokasi
ini terletak di tenggara Iceland. Ianya terbentuk akibat daripada ais glasier
Breidamerkurjokull.

#8. Blue lagoon
Dan lokasi terakhir adalah di Blue lagoon. Terletak di
semenanjung Reykjanes kurang daripada satu jam memandu dari Reykjavik. Blue
lagoon merupakan destinasi pelancongan paling popular di Iceland. Ianya
merupakan tasik buatan manusia dan airnya dikatakan memiliki mineral yang
sangat baik untuk kesihatan tubuh.
2 Comments
Kalau laaaa banyk duit sekarang jugak nak pergi hehehe
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Aurora memang idaman hati sejak dulu....
ReplyDeleteLandmannalaugar macam lukisan jer. Iceland memang destinasi perlancongan yang wajib masuk wishlist.