Yang sebenarnya, walaupun aku dah menetap terlalu lama dekat
Melaka ni, rasanya inilah pertama kali aku sampai ke replica Istana Kesultanan Melaka ni. Biasa
tengok dari jauh je. Tapi minggu lepas aku berkesempatan nak masuk dan tengok
sendiri apa yang ada dekat dalam istana tu. Itupun selepas wife aku yang beriya-iya
nak masuk. Kalau ikutkan aku, agak malas juga! hahahaha.
Apa yang ada di dalam Istana kesultanan Melaka?
Dah bayar tiket, jom kita jelajah Istana kesultanan melaka!
Ok. Nak masuk sini kena bayar ye. Dewasa RM3. Untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun keatas pula kena bayar RM2. Jadi anak aku bawah umur lagi, maka masuk adalah percuma la ya. hehehe. Yang sebenarnya, aku sendiri tertanya-tanya, apa yang ada dekat dalam istana Melaka ni? Nampak besar daripada luar, jadi dekat dalam dia mesti best punya.
Waktu nak jalan masuk dalam istana ni (Dekat bahagian luar,
sebelah kanan) ada 1 taman. Wife aku beriya-iya suruh aku ambil gambar, tapi
aku malas nak layan. Kata dia cantik, pada aku biasa je! Hahaha. katanya, itu
adalah taman larangan. Khas untuk puteri raja. Ala, kalau dalam filem melayu
lama kan, ada 1 kawasan khas untuk puteri raja bermain dengan dayang-dayang
istana.
Rasa aku, kalau di tambah banyak pokok bunga pelbagai warna dalam taman ni, lagi cantik. Dan nampak macam taman tu “dah lama” sangat la.
Nak masuk dalam istana ni kena naik tangga. Memang rasa
macam nak masuk istana lama betul. Bila sampai dekat istana kesultanan Melaka ni,
aku terus teringat filem puteri gunung ledang! Aku memang suka tengok
filem-filem macam tu. Jadi rasa macam feel Hang tuah nak masuk istana la bila
aku sampai sini. Hehehe.
Melangkah masuk ke dalam, aku bermula dengan bahagian kiri
istana (sepatutnya bermula dengan bahagian kanan kan? ). Dekat dalam banyak
barang-barang istana yang dipertontonkan kepada pengunjung. Perkara pertama
yang menarik perhatian aku adalah replica patung-patung yang menghadap sultan Melaka.
Ada banyak patung dekat sini. Korang bolehlah baca mengikut
no yang ada tu ya. Yang sebenarnya, aku pernah terbaca dekat 1 blog ni, cerita
pasal patung-patung ni. Katanya, ada 1 malam tu, semua patung-patung ni beralih
daripada kedudukan sebenarnya. Ada juga cerita mengenai, ada orang nampak
seperti kesemua patung-patung ini macam bercakap! Seperti dunia sebenar!
Tapi itu mungkin cerita orang. Aku tak pasti la betul atau tidak. Aku Cuma ceritakan apa yang aku baca je, yer! Jangan pulak korang percaya dan takut nak datang sini. Ok? J
Dah habis dekat area sini, aku naik tangga ke bahagian atas.
Dekat atas ni, ada kamar beradu sultan. Perkara pertama yang masuk dalam minda
aku waktu itu adalah, eh! Keciknya kamar beradu sultan ni. Kemudian, tak ada
pintu ke? Hahaha. Tapi bila ingat balik, dah nama pun replica istana kesultanan
Melaka kan? Kalau yang real punya, dah tentu lah lebih besar kan?
Dekat bahagian atas, selain ada replica kamar beradu sultan,
ada juga dipertontonkan barangan-barangan istana yang lain. Tak lama aku dekat
atas ni, aku turun pulak ke bahagian bawah. Ada 1 bahagian dekat bawah,
betul-betul waktu kita turun tangga, ada 1 layar besar dan TV besar. Waktu tu
ada tayangan filem P Ramlee (babak hang tuah & hang jebat dalam istana Melaka).
Anak aku leka tengok filem tu.
Aku pulak tertarik dengan gambar ni. Ketawa kecil aku dekat
situ. Cuba korang bayangkan, kalaulah salah seorang tu jenis tak mampu tahan
nafas dalam air, tapi dia tak bersalah. Kemudian dia kalah, dah tentulah dia
yang kena tuduh kan? Tiba-tiba aku terfikir pasal aku, aku ni kalau menyelam,
memang tak mampu nak tahan nafas lama-lama dalam air. Hahahahha.
Selain itu ada juga koleksi buku untuk dijual dekat dalam istana Melaka ni. Kalau korang suka dengan buku-buku sejarah, korang boleh dapatkan dekat sini, murah-murah je. J
Selain daripada barangan-barangan istana, ada juga
replica-replica istana dari negara lain yang dipamerkan di sini. Ada juga
patung-patung pedagang yang singgah ke negeri Melaka dipertontonkan disini. Ada
juga pakaian-pakaian melayu yang dipakai pada zaman dahulu. Pendek kata, kalau
nak tahu pelbagai info mengenai kehidupan masyarakat Melaka ketika zaman
kesultanan Melaka dulu, bolehlah datang ke sini ya!
Lepas aku dah habis pusing dekat sini, aku lanjutkan pula
jalan-jalan ke Melaka aku dengan aktiviti panjat Bukit St. Paul! Wah! Aktiviti yang buatkan kaki aku kejang selama 2
hari! Cerita mengenai apa yang ada dekat atas bukit ni akan aku kongsikan dalam
bahagian 2 nanti ya! Nantikan. Hehehehehe. J
3 Comments
memang best kan ke sini. murah dan puas berjalan
ReplyDeleteWah, menariknya, tapi memang sah-sah ler ahkak tak pergi sorang-sorang....meremang pulak dengar citer pasal patung tu...hehe
ReplyDeletememang betul2 nampak mcm filem p ramlee. hehe
ReplyDelete