Kali kedua Kena prank dengan Google adsense!
Kali kedua Kena prank
dengan Google adsense! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah.
Masih diberikan kesempatan untuk menulis. Aku ada tulis cerita mengenai benda
ni sebelum ni, dan hari ini waktu bukak email, hati sekali lagi riang kerana
aku dapat email kedua yang mengatakan Goggle adsense aku dah di luluskan! Maknanya dah ada 2 email yang mengatakan
akaun adsense aku dah fully approve! Namun, ianya sangat mengecewakan bilamana
aku bukak akaun aku, tahu apa yang ada?? Your account still under review!
Dapat email account
adsense approve but account still under review.
Ini bermakna, ini kali kedua aku kena prank dengan google. Pada
aku lebih baik dapat email reject daripada dapat email macam ni.
Sekurang-kurangnya aku tahu dekat mana salah aku dan aku boleh betulkan. Ini tidak,
dapat email lulus. 2 kali pulak tu! Tapi akaun still pending! Under review
katanya! Beritahu 3 hari tapi entah berapa lama dah review. L
Aku sendiri cuba nak email team adsense untuk tanyakan hal
ini. Dah cuba response melalui akaun, tapi masih belum dapat jawapan. Dah tulis
dalam forum, masih belum ada jawapan. Nak cuba email team adsense malaysia
(kalau ada) untuk tanyakan hal ini, tapi tak tahu dekat mana, jadi aku macam
tergantung sekarang ni.
Aku Cuma nak jawapan sahaja, kenapa benda macam ni berlaku. Kenapa
dapat email kata lulus tapi akaun adsense masih pending. Kecewa memang sangat
kecewa. Sebabnya bukan sekali, tapi 2 kali dapat email yang sama! Kalau dapat
email yang minta aku betulkan apa yang salah aku boleh terima lagi. Aku dah
masukkan semua yang diperlukan, dan aku rasa sudah cukup untuk “direview” oleh
adsense.
Dan sekarang, aku cuba nak cari2 rakan yang mengalami
perkara yang sama dengan aku. Dah ada jumpa mereka yang dapat email macam aku
tapi akaun still pending. Tapi selepas itu mereka dapat email kata account
disapprove. Tapi aku dapat 2 email yang kata lulus. Lagi parah rasanya. Kecewa!
Sangat kecewa. L
0 Comments