Kenapa mesti 3000 tahun dan bukannya seumur hidup?

Kenapa mesti 3000
tahun dan bukannya seumur hidup | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah,
masih diberikan kesempatan untuk menulis. Sekarang ni agak kecoh juga berita
mengenai seorang bapa durjana yang berdepan hukuman penjara selama 3000 tahun
berhubung dakwaan meliwat dan merogol anak kandung sendiri!
Haruan makan anak!
Lelaki ni muda lagi, baru berusia 37 tahun! Muda sangat tu
pada aku, dikatakan merogol anaknya 3 hari sekali! Cuba bayangkan, apa kemaruk
sangat sang ayah ni. Anak gadis lelaki ini dikatakan tinggal bersama selepas
berlaku penceraian di antara sang ayah dan ibunya. Dan benda ni dah berlaku
selama 2 tahun lamanya! Kenapa lama sangat? Sepatutnya, anak gadis dia tu pergi
je buat report polis!
Dan kalau baca dalam surat khabar, khabarnya mangsa (yang
kini berusia 15 tahun) beritahu ibu dia mengenai apa yang berlaku bila ayah dia
berhasrat nak ambil adik dia duduk sekali dengan dia. ah sudah! Agak-agak
kenapa dia nak ambil anak-anak dia yang lain tu?. Nak buat macamana dia buat
dekat anak dara dia tu ke?
Aku terfikir jugak, kalaulah ayah dia tak berhasrat ambil adik-adik dia, apakah perkara ini akan berlarutan?
Perkara macam ni, nampaknya macam makin berleluasa! Bayangkan
perkara ini berlaku selama 2 tahun lamanya! Bukan tempoh masa yang singkat! Si ayah!
Patutnya jadi pelindung pada anak-anak dia, tapi rupa-rupanya, dialah yang
paling bahaya! Tak boleh harap! Tak boleh percaya!
Bila tengok berita malam tadi, si pelaku bakal berhadapan
dengan hukuman penjara selama 3000 tahun. Tertanya-tanya juga aku, kenapa
sampai lama macam tu? Memang mustahil la jika manusia akan hidup lama macam tu.
Kenapa tidak hukuman penjara seumur hidup? Bab ini aku kurang jelas, cumanya
pasti ada sebab kenapa ianya disebut sebagai hukuman penjara selama 3000 tahun.
Si ayah ni, bukan setakat rogol! Tapi meliwat! Dan hukuman
yang patut dia dapat bukan setakat penjara je, biar dengan sebatan yang
pastinya buat dia menyesal! Aduhai! Naik pelik aku sebenarnya dengan orang
macam ni. itukan anak sendiri. Darah daging sendiri. Kenapa sampai macam tu
sekali? Kalau dan tak tahan sangat, nikah lain. Bukan buat dengan anak sendiri!
Apa pun, semuanya dah terbongkar! Dan lelaki tersebut bakal
berhadapan dengan hukuman yang setimpal. 2 tahun itu cukup lama. Dan ianya dah
pun berakhir. Semoga anak dia menjalani hidup dengan lebih aman selepas ini. InsyaAllah,
amin.
3 Comments
Hukuman penjara seumur hidup tu cuma gandaan umur dia sekarang, seumur hidup dia sekarang saja.
ReplyDeleteMaksudnya, umur dia skrg 37 thn, hukuman seumur hidup maknanya dia akan duduk penjara selama 37 thn saja, nanti kalau panjang umur, umur 74 tahun dia dah keluar penjara. Jadi hukuman 3000 tahun tu maknanya penjara sampai mati lah tu.
oh, macam tu. barulah saya faham. terima kasih ya. :)
DeleteNak beri peluang untuk memulakan hidup baru setelah dipenjara selama 3000 tahun 😁
ReplyDelete