12 lokasi wajib
kunjung jika datang ke Lombok, Indonesia | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Dah baca cerita mengenai Lokasi-lokasi menarik jika anda berkunjung ke Yogyakarta? Hari ini aku nak sambung pula
mengenai satu lagi lokasi yang agak top juga, yang sering menjadi pilihan
pelancong iaitu Lombok! Aduhai! Bila sebut Lombok je dah mula terbayangkan
lautnya yang cantik kan? Tapi, di sana, bukan lautnya sahaja yang menjadi
tarikan ya. Tak percaya, sila teruskan bacaan korang. J
Sewaktu aku buat carian mengenai Lombok, Indonesia, aku
terbaca 1 artikel menarik. Disana, ada sebuah pantai yang dikatakan “asing” dan
pasirnya berwarna pink atau merah jambu?? Wow! Ini sangat menarik! Belum pernah
lagi aku tengok pasir pantai warna pink. Kalau yang letak pewarna tu ada la. Yang
anak-anak kecil buat main tu. Hehehehe. Ok lah, jom tengok 12 lokasi wajib kunjung jika datang ke Lombok, Indonesia!

#1. Gili kedis.
Gili kedis ni adalah sebuah pulau kecil yang tidak
berpenghuni. Terletak di persisir barat daya pulau Lombok. Kalau nak
dibandingkan dengan lokasi lain, gili kedis ni tak berapa nak popular sangat
la. Mungkin disebabkan dia seketul je dekat situ.
Dan kalau korang pergi ke sana, korang Cuma boleh pusing-pusing dekat pulau kecil tu je. Tapi kalau korang pergi sorang, mesti korang rasa yang korang macam berada dekat pulau persendirian. Bajet orang-orang kaya macam tu. Hehehe.
Dan kalau korang pergi ke sana, korang Cuma boleh pusing-pusing dekat pulau kecil tu je. Tapi kalau korang pergi sorang, mesti korang rasa yang korang macam berada dekat pulau persendirian. Bajet orang-orang kaya macam tu. Hehehe.
Disebabkan ianya pulau kecil, ianya dinamakan sebagai gili
kedis atau dalam bahasa kita, pulau burung pipit. Agaknya kalau pulau burung
helang, besar manalah agaknya kan? hehehehe.

#2. Lingkoq Datu,
Pantai Penyisok.
Sekali tengok, rasa macam tak percaya pun ada lokasi ini terletak
di Lombok, Indonesia. Lokasi ini korang boleh jumpa di Kecamatan Jerowaru. Aku suka
dengan pemandangan tebing tepi laut biru macam ni. Tiba-tiba teringat tebing
tinggi dekat Norway sana.
Untuk sampai ke sini, kita kena lalu ladang jagung. Dan yang menariknya, lokasi ini belum cukup popular. Dalam erti kata lainnya, masih suci gitu! Hahaha.
Untuk sampai ke sini, kita kena lalu ladang jagung. Dan yang menariknya, lokasi ini belum cukup popular. Dalam erti kata lainnya, masih suci gitu! Hahaha.
Tempat belum ramai datang, jadi suasana alam semulajadi itu
masih terpelihara, kan indah! Betul tak? J

#3. Bukit Pergasingan.
Antara tarikan dekat sini adalah pemandangan sawahnya. Ala,
dekat kedah nu banyak sawah. Aku kalau balik kampung, memang duduk dekat sawah
je (sebab rumah pun tepi sawah, hahaha). Tapi bezanya dekat sini adalah tanaman
padinya atau petak sawahnya yang berwarna warni! Eh?? Di tambah pulak dengan
latar belakang gunung ganang yang superb lawa! Dan langit biru! Aduhai!
Cantiknya alam ciptaan Allah ini, subhanallah.
Berdiri pada ketinggian 1,670 meter dari aras laut, bukit
pengasingan ini boleh di capai dalam lebih kurang 2-2.5jam. Dan kebiasaannya,
ianya menjadi lokasi “training” sebelum mendaki gunung rinjani. Dan aku nak
beritahu ni, Kepada pendaki gunung tegar, korang wajib datang sini ok? confirm
puas hati!

#4. Pantai Semeti.
Memang kalau datang Lombok ni, kita rasa datang ke dunia
asing eh? Kalau tengok lokasi ni, dah macam rupa Planet Krypton pun ada. Planet
Krypton tu apa? Silakan google. Aku kadang terfikir juga, ini pulau buatan
manusia ke bila tengok batu-batuan dekat sini, macam pelik. Formasi batu-batuan
dekat sini kalau buat filem pirates of Caribbean, memang best! Hahahha. Dan buat
mereka yang nak datang ke sini, aku kena beritahu ni, untuk datang ke sini
korang kena lalu tebing karang setinggi 20 meter. Jadi pastikan guna pakaian
yang sesuai. Kita bukan nak pergi shopping mall ye. J
#5. Koleksi air
terjun tercantik di Lombok!
Ada banyak lokasi air terjun dekat sini. Aku bila sebut air
terjun, aku mintak maaf awal-awal. Kepala aku asyik fikir kepala air!! Aku sungguh
takut! Tapi eh! Kalau korang dah tahu hujan atau baru lepas hujan, tak payahlah
gatal-gatal nak pergi mandi air terjun kan? Benda tu dah banyak kali pihak
berwajib beritahu. Tapi, eh! Kepala air la! Aduh!

1) Air Terjun Mangku
Sakti.
Yang pertama adalah Air Terjun Mangku Sakti. Air dia sedikit
keruh macam warna air susu sebab katanya ada kandungan belerang. Dan dipercayai
mereka yang mandi air terjun ni bakal mendapat khasiat seperti menyembuhkan
pelbagai penyakit kulit.

2) Air Terjun Benang
Kelambu.
Ingatkan ada bantal kekabu je, rupa-rupanya ada air terjun
benang kekabu ek? Ok! Kenapa ianya dinamakan sedemikian rupa? Jawapannya
adalah, air terjun ni halus je, kemudian dia tak terus turun ke air tapi lalu
ikut pokok-pokok yang ada. Kalau kita sekali tengok, dah macam langsir gergasi
pun ada, cantik kan? J
Dan mengikut kepercayaan, mereka yang mandi disini terbebas
daripada pelbagai penyakit dan awet muda!! Wahh! Jom, sapa-sapa ada planning nak
ke sini, aku nak ikut! Hahahaha.

3) Air Terjun Tiu
Kelep.
Hanya untuk mereka yang gagah! Hahaha. Air Terjun Tiu Kelep
ni sedikit terpecil dan korang kena jalan kali selama 3 jam! Ala, apa ada hal
kan? Berjalan dekat shopping mall tu berjam-jam lamanya. Kalau tengah sales,
siap bawak barang-barang lagi, betul tak? hehehe. Untuk sampai ke sini kena
lalu hutan yang pokok-pokoknya besar, dan disarankan agar menggunakan pemandu
arah, takut nanti, bukan ambil masa 3 jam, tapi 24 jam! Takut tersesat, ok?

#6. Tanjung Poki.
Tolong sebut betul-betul, Tanjung Poki. Aku malas nak cakap
apa, tapi sebut betul-betul, Tanjung Poki. Ok. hehehe. Apa yang menariknya dekat
sini? Ombak besar! Wahhhh! Ombak yang biasa kita tengok dekat pantai yang
membandai batu di persisir pantai tu, ha berapa tinggi? Tak tinggi kan? Dekat
sini korang boleh tengok ombak dia naik setinggi 10 meter!! Woi! Tingginya!

#7. Rinjani Lodge
Ini aku suka nak tulis, sebabnya aku memang suka infinity
pool, hahaha. Berendam dekat sini dengan pemandangan indah memang mengasyikkan!
Perjalanan selama 40 minit juga boleh membawa kita ke Air Terjun Tiu Kelep dan Air
terjun Sendang Gile. Dan di kaki gunung tersebut merupakan penempatan suku
asli sasak. Menariknya di sini adalah, walaupun terletak di dalam tengah-tengah
hutan, lokasi ini menyediakan wifi kepada pengunjungnya. Kan seronok namanya
tu? Hehehe.

#8. Pantai Tebing
Merancang nak ke Grand Canyon di America tapi bajet kurang? Meh
datang ke Pantai Tebing. Tebing ini terhasil daripada letusan Gunung Rinjani
Tua yang dikatakan berlaku pada tahun 1257! Fenomena alam ini sememangnya cukup
mengujakan pandangan mata aku! Ada juga pengunjung yang memanjat tebing ini,
tapi harus diingatkan juga, perlu berhati-hati kerana batu-batuannya yang tidak
kukuh.

#9. Pink beach.
Ha. Sampai sudah kita ke cerita yang aku beritahu di awal
tadi, pantai pink atau pantai merah jambu! Pantai ini adalah di antara 7 pantai
berwarna pink yang ada di dunia ini! ahha! Masyarakat disini memangil pantai
ini dengan nama pantai tangsi. Kenapa pasir pantai disini berwarna pink? Baik,
ianya berlaku adalah disebabkan oleh, pasir pantai yang berwarna putih
bercampur dengan pasir pantai yang berwarna merah.
Macamana pasir pantai boleh jadi warna merah?
Ianya terjadi adalah disebabkan oleh coral serta pecahan
cengkerang laut foraminifera yang berwarna merah. Lokasi ini masih belum
terkenal dan oleh yang demikian, fasiliti seperti kedai makan dan penginapan memang
tiada.

#10. Bounty Wreck
Dive.
Korang minat diving? Meh datang ke Bounty Wreck Dive. Di dasar
laut ini terdapat kapal karam yang dah lama tengelam. Kapal tu sekarang
dipenuhi dengan coral dan ikan berwarna warni. Lokasi kapal ni tengelam taklah
terlalu dalam, jadi memang sesuai untuk aktiviti diving.

#11. Danau Segara
Anak
Ok. Segara anak bermaksud anak laut. Ianya dinamakan
sebegini adalah kerana air dari danau yang terdapat di Gunung Rinjani ini
berwarna biru seperti air laut. Ada mitosnya kalau korang berkunjung ke sini. Katanya,
kalau waktu korang datang sini, korang nampak tempat ni luas je kan, itu
bermakna, umur korang panjang, dan begitulah sebaliknya. Tapi itu mitos ya! Sila
Jangan percaya! Hahaha.
Danau ini mengikut perkiraan, setinggi 2000m dari aras laut.
Apa yang menjadikan lokasi ini lebih menarik adalah kerana terdapatnya 1 gunung
berapa yang aktif! Wahh! Best ni! Dan nama gunung tersebut adalah Gunung Baru
Jari. Nak sampai ke sini?? Silakan berjalan kaki selama lebih kurang 8-10jam! Wahahahaha.

#12. Desa Bayan Sasak
Dan akhir sekali, sebagai penutup dan aku pun dah penat
menaip adalah Desa Bayan Sasak. Tak payah susah-susah nak cipta mesin kembali
ke masa silam, korang datang je ke sini. Katanya, lokasi yang dihuni suku asli
sasak ni persis masyarakat pada 5000 tahun dahulu. Hmm? Yeker?
Kalau korang menetap di Rinjani
Lodge (baca balik #7) korang boleh sampai ke sini dalam masa yang singkat. Rumah-rumah
dekat sini memang unik. Katanya dinding rumah ini diperbuat daripada tanah
lempung dan kotoran sapi. Yang aku faham, kotoran sapi itu adalah najis lembu
kan? Tanah lempung aku tak pasti macamana.
Tapi nak juga beritahu, masyarakat di sana sangat sensitive bab
rumah diarang ni, jadi kalau korang melawat di sana, sila jaga tingkah laku. Ala,
macam korang datang rumah orang lain, jangan buat macam rumah sendiri la, mau
tukar jadi hijau tuan rumah tu nanti. hahaha.
2 Comments
Rupanya, ada tempat yang sangat menarik di Lombok ni ye. Teruja betul
ReplyDeletecantiknya kat sana.. rasa nak pergi sana.. wuu best2
ReplyDelete