Pedas sangat ke Spicy Korean Burger Mcdonald's tu?

by - August 16, 2017

Spicy Korean Burger Mcdonald's review

Pedas sangat ke Spicy Korean Burger Mcdonald's tu? | Ceritanya, wife aku dah terpikat dengan iklan Mcdonald’s ni. Biasalah, iklan yang terbaik adalah iklan yang mampu mengiurkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Kalau sebelum ni, iklan ayam goreng mcd menjadi viral dek kerana terlalu ramai pelakon yang digunakan (hahaha) dan kini, Spicy Korean Burger Mcdonald's pula yang menari-nari di kaca television rumah! Apa yang menariknya tentang burger hitam ni? Pedas sangat ke Spicy Korean Burger Mcdonald's tu? Jom lanjutkan bacaan korang!

Sebelum apa-apa, aku seorang lelaki yang tak makan pedas. Ha, itu aku nak beritahu dulu. Dan iklan Spicy Korean Burger Mcdonald's ni tak menarik hati aku pun! Sebab? Aku tak makan pedas! Hahaha. Tapi berbeza pulak dengan wife aku! Hari-hari dia minta aku belikan! Nak sangat rasa burger hitam ni. Sekali dua dia minta beli, aku malas nak layan! Hahahaha.

Bukan sebab apa, sebabnya restoran Mcdonald’s dengan rumah aku jauh! Kalau dekat je, boleh la aku singgah belikan. Tapi disebabkan kerap sangat dia mintak, terpaksalah aku gagahkan diri, pandu kereta, belikan untuk dia burger hitam ni. Lokasi aku beli adalah di restoran mcdonald dataran pahlawan Melaka. Kan ke punya jauh tu? Hahaha.


Spicy Korean Burger Mcdonald's review

Ok. Aku tak excited mana pun nak rasa burger hitam ni. Tapi aku nak tengok dengan mata aku sendiri. Jadi aku mintak izin wife aku untuk tengok Spicy Korean Burger Mcdonald's ni sebelum dia habiskan! Hmm, semua hitam! Rasanya kalau ada cheese warna hitam, pun dia gunakan untuk burger ni. Baru ada uniknya dekat situ kan? hahaha.

Orait. Dari segi luaran, macam inilah rupa burger hitam ni. Hmm, nampak uniknya dekat situ dan anak aku awal-awal cakap taknak makan. Hahaha. Katanya pelik. Dan kalau dia minta nak cuba rasa pun aku tak akan kasi, sebab pedas (itu mengikut kata orang la, aku tak rasa pun lagi, wife pun tak rasa lagi burger ni).

Selepas “ngap” pertama dari wife aku, macam tak ada apa-apa. Tapi selepas beberapa ketika, mula keluar dari mulut dia, ha, pedas ni. Betul pedas ni. Kalau wife aku cakap pedas, bermakna memang pedas la sebab dia memang suka makan pedas. Jadi aku percaya la! Hahaha. Rasanya ini pertama kali dia berhenti makan sebab pedas.


Spicy Korean Burger Mcdonald's review

Biasanya dia terus-terusan je makan, tapi dengan Spicy Korean Burger Mcdonald's ni, dia makan sikit-sikit. Eh! Pedas sangat ke Spicy Korean Burger Mcdonald's ni? Meh bagi abang rasa sikit. Hahahha. Aku ambil sikit je. Sebab aku kalau makan pedas, tak payah tunggu lama, waktu itu jugak perut aku akan sakit. Jadi aku ambil sedikit sahaja. Dan ini komen aku:

Pedas woi Spicy Korean Burger Mcdonald's ni! Sungguh aku tak boleh makan! Rasanya kalau makan habis tu, jadi hijau agaknya. Hahahha.

Memang betul la pedas! Aku makan sikit je, perut aku dah mula macam nak panas. Aku tak pasti la mungkin sebab aku tak makan pedas. Yang peliknya, adik ipar aku yang dah cuba burger hitam ni cakap, burger ni tak pedas mana pun! Biasa je. Ha? Biasa je? Rasanya tak pelik sebab ada manusia superpower yang boleh makan pedas tanpa rasa pedas! Ha, harapnya korang fahamlah ye. Hehehe.



You May Also Like

3 Comments

  1. Kiranya Mrs. A super powerlah ya sebab dah dua kali makan tak rasa pedas pun.
    Siap boleh makan dengan kopi panas McD lagi

    ReplyDelete
  2. tak pernah try. ada lagi ke burger ni?

    ReplyDelete