Percutian gaya mewah di Anantara Uluwatu Bali Resort.

Anantara Uluwatu Bali Resort review

Percutian gaya mewah di Anantara Uluwatu Bali Resort | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ahha! Bali, Indonesia. Di antara salah satu lokasi idaman aku. Dah lama merancang untuk bercuti di sini yang dikatakan antara lokasi percutian paling popular di dunia. Dalam pada melihat lokasi percutian yang ada di bali Indonesia, aku terjumpa dengan 1 lokasi percutian yang mewah di sana, Anantara Uluwatu Bali Resort!

Gaya percutian pantai di bali Indonesia sememangnya menjadi idaman buat semua pengemar percutian pantai. Lokasi indah buat pasangan pengantin baru ini sering disemadikan di dalam album buku keras! Satu yang menarik perhatian aku mengenai Bali, Indonesia adalah keunikan senibinanya. Aku terlalu mengimpikan suasana ini di dalam halaman rumah aku sendiri dan berimpian untuk memilikinya 1 hari nanti, insyaAllah. J

Anantara Uluwatu Bali Resort review

Anantara Uluwatu Bali Resort review

Berbalik semula kepada cerita Anantara Uluwatu Bali Resort ni, tengok gambar je dah rasa tenang! Tapi melihat dengan mata kasar sahaja tidak cukup jika tidak berkunjung ke sini kan? Tapi terus terang aku beritahu, ini di antara lokasi percutian mewah. Bila sebut mewah, kenalah faham-faham belanja yang kita perlu keluarkan kalau berkunjung ke sini kan.

Tapi apa kiranya bayaran itu jika keindahan dan pengalaman yang bakal kita peroleh tersangatlah indah dan berbaloi kan? J

Anantara Uluwatu Bali Resort.


Anantara Uluwatu Bali Resort review

Anantara Uluwatu Bali Resort review

Anantara Uluwatu Bali Resort review

Terletak di Uluwatu, Indonesia, lokasi percutian ini dilengkapi dengan kolam renang bersaiz infiniti menghadap laut hindi. Boleh berendam dekat situ sambil menikmati keindahan matahari terbenam. Dan setiap bilik disini dilengkapi dengan “hot tub” dan wife percuma. Ini memang sangat penting! Hehehe.

Resort mewah ini terletak 15 minit daripada pemanduan daripada Pura Luhur Uluwatu dan Nusa Dua Beach. Dan pemanduan selama 20 minit akan membawa anda ke taman budaya Garuda Wisnu Kencana. Dan 40 minit pemanduan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai. Disini juga disediakan Perkhidmatan ulang-alik percuma ke Padang beach.

Anantara Uluwatu Bali Resort review

Anantara Uluwatu Bali Resort review

Anantara Uluwatu Bali Resort review

Anantara Uluwatu Bali Resort review

Di Anantara Uluwatu Bali Resort juga korang boleh mengikuti aktiviti-aktiviti menarik seperti kelas yoga, kelas pembuatan seramik, kelas tarian bali dan juga bengkel pembuatan batik. Banyak sebenarnya lagi aktiviti menarik yang boleh kita buat jika bercuti disini. Oleh yang demikian, masukkan lokasi ini sebagai salah satu daripada lokasi percutian idaman anda sekarang!

Buat mereka yang merancang untuk bercuti disini, bolehlah layari laman web Anantara Uluwatu Bali Resort atau boleh terus berkunjung ke sini di alamat:

Anantara Uluwatu Bali Resort

Jl. Pemutih – Labuan Sait
Uluwatu, Bali 80361
Indonesia

Tel:        +62 361 895 7555
Fax:       +62 361 895 7600

Email:    uluwatu@anantara.com

3 ulasan:

  1. Bestnya kalau dapat bercuti ke sini....

    BalasPadam
  2. wahhh..cantiknya...mmg relax habis lah kalau dpt ke sini..tengok gambar je pun dah best sgt..apa lagi kalau dpt dtg sendiri...

    BalasPadam
  3. Subhanallah, cantiknyaaa.. Berapa laa agaknya cost tu ye..")

    BalasPadam