Percutian mengejut ke Johor Bahru (Part 1)

by - August 28, 2017

gambar zoo johor

Percutian mengejut ke Johor Bahru (Part 1) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis hari ini, di blog ini, Mrejoy.com. Hari ini aku nak kongsikan sikit aktiviti keluarga aku hujung minggu lepas. Sebenarnya ini adalah percutian mengejut memandangkan tak rancang langsung, tahu-tahu, bila aku cakap beberapa lokasi menarik di Johor bahru, terus wife aku ajak ke sana! Hehehe.

Mulanya, aku rancang nak bawak anak-anak ke zoo negara. Tapi hari jumaat lepas, aku sempat berbual dengan sorang rakan kerja ni. Dia cadangkan aku untuk ke zoo johor. Sejujurnya! Aku tak pernah tahu pun dekat johor ada zoo. Ha! Sungguh aku cakap ni. Lepas dapat beberapa info, aku rasa menarik juga zoo johor ni! Dan atas alasan itulah, wife aku terus ajak aku ke sana! Hahaha.

Aku gerak pagi sabtu. Dengan semua perkara tak siap! Hahaha. Tapi aku biasa-biasa je sebabnya bukan nak pergi mana pun, ke johor bahru je pun. Tapi wife aku! waaaa! Kalau boleh, almari tu dia nak bawak. Rasanya orang perempuan memang macam ni kut. Yelah, anak ada 3 orang. Kalau boleh, dia nak semuanya complete. Orang lelaki, kalau boleh semuanya nak simple. Hahaha.


gambar zoo johor

Pagi tu jugak aku tempah hotel guna booking.com. Memandangkan ini adalah pertama kali aku datang ke johor bahru bersama keluarga di tambah pula dengan aku langsung tak tahu apa hotel yang menarik dekat johor bahru, jadi aku blur sekejap! Puas jugak la cari-cari. Dah jumpa yang menarik, bila baca review mereka yang pernah tidur dekat sana, terus rasa, eh??

Kesudahannya, aku pilih, Tune hotel Johor Bahru! Cerita pasal hotel ni akan aku kongsikan nanti ya! Lepas dah book hotel, kami sekeluarga memulakan perjalanan. Perjalanan ke johor bahru memang menyeronokkan sebabnya ini kali pertama aku bawa keluarga ke sana! Hahaha. Aku plan nak ke Zoo johor dulu.

Eh! Tak susah mana pun nak sampai sini. Guna waze senang je! Hahaha. Seronok ya amat anak-anak bila sampai sini termasuklah aku dengan wife aku. hahaha. Biasa kami ke zoo Melaka je sampaikan dah tahu semua haiwan yang ada dekat dalam tu. Tapi kali ini, bila sampai ke zoo johor, rasa teruja pulak! Sebabnya tak tahu rupa kat dalam tu macamana.

Eh! Harga tiket zoo johor pun murah la! Hahaha. Bayaran bagi orang dewasa Cuma RM2. Budak-budak pula (yang berumur 2 tahun ke atas) Cuma RM1! Murah kan? Berbaloi rasanya datang sini! Bila masuk dalam zoo johor, kita akan di sambut dengan kolam pada bahagian kiri dan sangkar burung di bahagian kanan. Seronok sebenarnya bila tengok sangkar besar macam ni, kalaulah ada 1 dekat rumah, ehhh.


gambar zoo johor

gambar zoo johor

gambar zoo johor

gambar zoo johor

gambar zoo johor

gambar zoo johor

gambar zoo johor

Jalan depan sikit, sebelah kanan, kita boleh tengok marmoset, baboon, landak, badak air, burung kasawari, buaya dan rusa. Kemudian kena patah balik. Ha. Kalau dekat zoo Melaka, jalan dia berpusing semula ke jalan utama kan? Tapi dekat zoo johor ni, kita kena patah balik. Ada jalan naik atas pula. Dekat sini kita boleh tengok binturong, Asian leopard cat dengan 1 haiwan ni, apa tah nama dia, lupa! Hehehe.


gambar zoo johor

gambar zoo johor

gambar zoo johor

gambar zoo johor

gambar zoo johor

gambar zoo johor

gambar zoo johor

Jalan atas lagi kita boleh tengok iguana, spesis tupai, kura-kura, tapir dan unta. Kemudian turun semula ke bawah dan belok ke kiri. Dekat sini ada kandang harimau, beruang dan gajah. Rasanya itu sahaja kut spesis haiwan yang ada dekat zoo johor ni. Tak besar mana pun tapi seronoklah bawa anak-anak. Kita pun tak penat berjalan! Hahahaha.

Lepas puas berjalan dekat sini, barulah aku bawa keluarga check in di Tune hotel Johor bahru. Proses nak check in ni tersangatlah senang memandangkan aku dah book awal-awal menggunakan booking.com. Nanti aku kongsikan cara-cara nak booking hotel guna laman web ini ya! Lepas dah check in semua, kami berehat sekejap dan sambung pula aktiviti malam!



You May Also Like

0 Comments