Resepi air mangga susu sedap - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Aug 10, 2017

Resepi air mangga susu sedap

Resepi air mangga susu sedap

Resepi air mangga susu sedap. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Petang-petang macam ni, kalau dapat minum air buah, memang best kan? Kena pula kalau dapat minum Air mangga susu! Wah! Memang mengancam habis! Tapi dalam waktu-waktu macam ni, memang agak susah nak dapat air buah ni. Cara yang paling senang, kita buat sendiri je. Bukan susah mana pun nak buat Air mangga susu istimewa ni, hehehe.

Resepi air mangga susu sedap.


Orait. Dah nama pun nak buat air mangga susu kan? Kenalah ada mangganya. Kena pilih mangga yang betul-betul masak dan manis. Baru ada umpph! Oklah, bahan-bahan yang korang perlukan adalah:

  • 1 biji Mangga
  • 1 cawan ais
  • 3 sudu besar susu pekat manis.

La, itu je bahan-bahan dia? Mudah la sangat kan? Lepas ni hari-hari kita boleh minum air mangga susu istimewa ni kan? Buat jug besar pun best ni, hehehe.

Cara nak buat air mangga susu sedap.

Blend kesemua bahan tersebut hingga sebati. Mangga tu kenalah potong kepada bahagian-bahagian kecil dahulu ya. Bukan apa, senang dia nak hancur nanti. Korang jangan buat lurus pulak pergi masukkan biji mangga dalam tu sekali. Eh! Jangan tak tahu, ada orang yang kupas kulit mangga dan terus masukkan sebiji macam tu dalam blender. Rasanya dia rasa biji mangga tu pun ada khasiat kut. Hahaha.

Kemudian, bila rasa semua dah ok, tuang ke dalam cawan. Kalau banyak, tuang dalam jug. Nak banyak pahala, beri pada jiran tertangga. Apa salahnya kan? Mana tahu mereka rasa sedap ke, dan nak order pada kita, dah boleh buat side income dekat situ, apa salahnya? Hehehehe.

Ok, ini langkah terakhir untuk jadikan air mangga susu korang ni jadi lagi istimewa. Korang potong isi mangga (kalau potong dadu lagi baik) kemudian letakkan dekat atas air mangga susu tu. Kalau dapat isi mangga yang warna oren tu lagi baik, lagi umph! Lagi mengancam! Hahaha.

Ok, bila semuanya dah tersedia, tunggu apa lagi, minumlah! Hehehehe. Lepak depan TV sambil minum, memang best. Oklah, rasa macam nak buat lagi je air mangga susu ni, sedap sangat! Korang pun, silakanlah mencuba ya! J

1 comment:

  1. Panas panas tekak tengah kering hati mendidih dapat air mangga ni surrrrr syahduu je sedap dia haha. Selalu beli je ni tgk da ada resepi boleh cube la, mantappp

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here