Resepi Teh Ais Dhaka yang confirm sedap dan memikat!

by - August 14, 2017

Resepi Teh Ais Dhaka
Sumber Google.

Resepi Teh Ais Dhaka yang confirm sedap dan memikat! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam beberapa minggu ni, aku dah mula nampak menu ini di sekitar kawasan rumah aku. Kebanyakannya di kawasan pasar malam la. Pernah terbaca cerita viral mengenai Teh ais Bangladesh atau Teh Ais Dhaka ni dekat facebook dan sekarang barulah dapat rasa. Apa yang menariknya tentang Teh Ais Dhaka @ Teh Ais Bangladesh ni?

Sebelum aku lanjutkan cerita aku mengenai Teh Ais Dhaka ni, aku nak juga beritahu, yang peniaga tu bukanlah daripada orang bangla. Bab ni memang jadi 1 isu sensitive dalam masyarakat kita. Yelah, kalau ada peniaga daripada kalangan “orang luar”, memang akan jadi isu la nanti. Silap-silap viral dalam media sosial. Jadi yang meniaga tu orang kita dan mereka buat menu Teh ais kaw ni! J

Apa yang menariknya mengenai Teh Ais Dhaka @ Teh Ais Bangla ini adalah kerana, dimasukkan sekali cincau di dalamnya. Itu yang uniknya mengenai menu ini! Biasa kita tengok orang campurkan air soya dengan cincau kan? Ha, kali ini, orang letak cincau dalam teh ais pulak! Apa rasanya? Dah tentulah meletop! Hahaha.

Resepi Teh Ais Dhaka yang confirm sedap dan memikat.

Orait. Cukup mukadimah aku setakat itu. Jom aku kongsikan resepi Teh ais viral ni! Bahan-bahan yang korang perlukan adalah:

  • Teh serbuk
  • Susu full cream.
  • Gula (ikut sukatan yang korang nak buat)
  • Buah pelage/kayu manis atau cengkih (buat penambah perisa)
  • Cincau.


Cara nak buat Teh Ais Dhaka yang sedap!


Cara nak buat Teh Ais ni tersangatlah mudah! Korang Cuma perlu masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak. Kena lihat juga sukatan susu ya! Kalau kurang, boleh jadi tak sedap nanti. Api pula jangan terlalu kuat. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dan sedap, bolehlah dituangkan ke dalam jug!

Kemudian, potong/hiriskan cincau halus dan memanjang dan masukkan ke dalam teh. Nak menjadikan ianya lebih sedap dan kaw! Masukkan beberapa ketulan ais! Fuh! Memang sedap! Memang memikat! So, tungu apa lagi? Jom buat! Bahan-bahan pun mudah. Selamat mencuba ya! J



You May Also Like

9 Comments

  1. Ouhhh beza dgn teh kita tu kita masak air then terus tuang je kan, mcm teh ni kira dimasak la ni, wahh mesti sedap nak kene cube nih haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. kalau kita masak teh tu, rasa dia lagi sedap. tak caya, cuba buat dulu. :)

      Delete
  2. boleh try ni nanti.

    macam best aje bila kena masak dulu. hehe

    ReplyDelete
  3. serbuk teh memang main peranan betul :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, baik serbuk tehnya, baik jugalah rasaya. :)

      Delete
  4. kayu manis nak letak berapa banyak and yang serbuk teh tu nak letak brapa sudu

    ReplyDelete
  5. Sebelum semua bahan d msk berapa sukatan air yg d perlukan...berapa juga sukatan teh Dan bahan-bahan yg lain..

    ReplyDelete
  6. Boleh guna apa-apa serbuk teh kan terserah

    ReplyDelete