Sakit kepala sebelah kiri dan penyebabnya.

Sakit kepala sebelah kiri dan penyebabnya

Sakit kepala sebelah kiri dan penyebabnya | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan dan terus menulis di sini, alhamdulilah. Hari ini nak bercerita pula pasal sakit kepala. Ramai yang anggap sakit kepala ni normal. Stress sangat pun boleh jadi sakit kepala kan? Tapi jangan anggap sakit kepala itu biasa ya! Ada penyebabnya kenapa sakit kepala sebelah kanan. Ada sebabnya kenapa sakit kepala sebelah kiri. Dan hari ini aku cuba kongsikan dengan semua sebab-sebab sakit kepala.

Sakit kepala sebelah kiri dan penyebabnya.


Baik. Yang sebenarnya, aku sendiri kadang-kadang sakit pada bahagian kiri kepala. Datangnya Cuma sekali sekala. Jadi aku tertanya-tanya, apa penyebabnya? Pernah juga baca dekat klinik, kalau sakit sebelah kiri ni apa sebabnya, tapi yelah, waktu tu bukan sakit kepala pun, jadi tak lah ambil tahu sangat. Hehehe.

Migraine! Itu kalau baca perkongsian di blog la. Katanya mereka yang sakit kepala pada bahagian kiri adalah berkaitan dengan migraine. Macamana boleh terjadinya sakit ini adalah kerana saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas. Tolong jangan tanya aku macamana rupa dia, sebab aku sendiri pun tak tahu.

Tahu macamana nak selesaikan masalah ini? tidur! Eh! Betul, aku baca, kalau nak legakan sakit migraine ni, kita berehat je dengan cara tidur.

Faktor kepada sakit kepala sebelah kiri.


Ada banyak faktor sebenarnya, kenapa terjadinya sakit kepala pada bahagian kiri kepala ni, dan di antaranya adalah:

Stress. Ini memang semua orang hadap. Daripada yang kecil hinggalah ke yang dewasa. Banyak sangat fikirkan masalah negara agaknya.

Pemakanan yang salah. Salah dari segi apa? Dari segi keseimbangan pemakanan itu sendiri. Kenapa bila makan di rumah, kita ok je. Tapi bila makan di sesetengah kedai tu, terus sakit kepala. Ha, korang pasti dah dapat jawapan dia kan?

Tak cukup tidur. Aduhai. Kenapa tak tidur akak-akak, abang-abang semua. Jika mengejarkan kehidupan di akhirat, tidak apa la. Yang mengejar kejayaan di dunia ni, kenalah fikir sama pada kesihatan ya. tidur itu perlu, jika badan tak cukup rehat, minda juga penat. Jadi, hasilnya pasti juga kurang baik.

Perokok tegar!. Ha, ini ramai yang marah aku tulis pasal benda ni. Yelah, aku tak hisap rokok, jadi bolehlah aku tulis kan? hehehe. Perokok tegar, hampir kebanyakkan daripada mereka selalu kena migraine ni. Tak hisap rokok, mereka boleh jadi tak tentu arah. Dah hisap rokok, boleh kena migraine, jadi apa nak buat? Pilihlah berhenti merokok ya! hehehe.

Oklah, rasanya itulah di antara penyebab kepada masalah sakit kepala pada sebelah kiri. Dan aku juga dah kongsikan apa yang kita perlu buat untuk hilangkan sakit tu. Lagi 1, jalani hidup secara sihat demi untuk kesejahteraan keluarga dan masyarakat. Pesanan khidmat masyarakat ini khas untuk semua rakyat malaysia! Hehe.

Tiada ulasan