Sedapnya Tapai pulut
daun getah | Assalamulaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih
diberikan kesempatan untuk menulis di sini. Ahha! Nak bercerita pasal tapai. Siapa
suka makan tapai? Aku dan keluarga aku memang suka makan tapai. Lagi-lagi anak sulung
aku. Kalau aku beli dan simpan dalam peti ais, dialah orangnya yang kerap
mintak. Tapi dia tak panggil tapai, dia panggil tupai! Hahaha.
Orait. Biasa kita tengok yang dekat pasaran, tapai
menggunakan daun pisang. Dan tapai moden pulak, guna plastic. Aku sebenarnya,
lebih suka tapai yang menggunakan daun pisang. Sebab ianya lebih “natural” pada
aku. lebih-lebih lagi kalau makan ketika ianya sejuk! Perghh! Memang sedar tak
sedar je tapai tu dah habis kan?
Tapi hari ini nak cerita tapai yang special sikit. Tapai pulut daun getah! Rasanya agak
susah juga nak jumpa tapai jenis ini. Lain-lain tempat dekat area rumah aku ni,
aku belum jumpa lagi. Cuma boleh jumpa dekat pasar malam alor gajah je. Apa yang
istimewanya tapai pulut ni berbanding tapai pulut yang lain? Ahha!
Mungkin disebabkan ianya “ditapaikan” bersama daun getah
yang menyebabkan rasa tapai ini lebih sedap berbanding tapai yang menggunakan
daun pisang dan plastic! Ianya akan jadi lebih sedap kalau kita simpan dalam
peti ais! Rasa macam tak cukup kalau beli sedikit! Biasanya aku kalau beli memang berbekas-bekas
memandangkan anak sulung aku memang suka makan tapai.
Bercerita mengenai tapai
pulut daun getah ni, ada juga terdengar cerita mengenai beberapa pantang
larang ketika nak buat tapai ni. Ada yang kata, orang yang tengah buat tapai tu
kena fokus je ketika buat dan tak boleh tegur orang. Orang yang lalu lalang
dekat area situ pun tak boleh tegur orang yang tengah buat tapai. Kalau tidak,
memang tak menjadilah tapai tu.
Bab pantang larang ni aku tak beberapa pasti mengenai
kesahihannya. Mungkin ada benarnya dan mungkin hanya cerita dari mulut ke mulut
sahaja. Namun yang pastinya, aku memang pengemar tapai! Hehehe.
Susah ke nak buat
tapai pulut ni?
Aku cuba cari beberapa info mengenai cara buat tapai dan aku
kongsikan cara-caranya di sini ya!
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tapai adalah:
- 1kg beras pulut.
- 1 biji ragi manis
- Daun getah atau daun pisang.
Nak buat tapai pula adalah dengan cara:
- Masak pulut terlebih dahulu. Ada yang sarankan untuk guna air panas ketika masak pulut. Maknanya bila air dah panas baru masukkan pulut.
- Bila pulut dah masak, angkat dan ratakan di atas dulang.
- Biarkan sampai pulut betul-betul sejuk. Ambil masa lebih kurang 2 jam juga nak sejuk pulut ni.
- Kemudian ambil ragi (yang dah dihancurkan) dan gaul sebati dengan pulut.
- Lepas tu buatkan bahagian-bahagian kecil dan balut menggunakan daun pisang atau daun getah tadi.
- Lepas tu, masukkan kesemua pulut ni dalam bekas dan tutup dengan kain (jangan sampai kena cahaya) dan biarkan selama 2 hari.
- Lepas 2 hari buka dan tapai pulut akan berbau wangi dan siap untuk dimakan! Sedapnya!!!
0 Comments