Siapa sebenarnya N. Thanabalan?

Siapa sebenarnya N.
Thanabalan? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Petang ni terasa nak
menulis mengenai bolasepak pula. Walaupun hakikatnya aku tak minat bolasepak! Hahaha.
Nama N. Thanabalan tiba-tiba melonjak naik dek kerana kehebatannya di dalam
padang bola. Sebelum tu nak juga ucapkan tahniah pada atlet malaysia yang
menghadiahkan pingat Sukan Sea KL 2017. Tahniah!
Baik. Siapa N. Thanabalan ni? Itu soalan yang muncul dalam
minda aku. Walaupun banyak sukan yang menghadiahkan pingat kepada negara, nama
N. Thanabalan ni la yang paling banyak disebut. Kenapa? Bukan sahaja di
malaysia, malah diluar negara, kalau kita search nama ni, pasti ada. Mungkin
dek kerana gol emas beliau yang berjaya melayakkan pasukan bola sepak malaysia
ke final sukan sea 2017!
Wajah N. Thanabalan pun tak ada masuk TV atau suratkabar. Tapi
disebabkan sukan sea KL 2017 ni, nama dia tiba-tiba menjadi viral dan semua
orang nak tahu siapa pemain berbakat besar ini! Dan di atas rasa ingin tahu
juga, aku cuba cari siapa sebenarnya N. Thanabalan ini.
Ahha! N. Thanabalan adalah Anak kelahiran Gemenceh, negeri Sembilan.
Bermain untuk Negeri sembila dan kini merupakan
seorang pemain bolasepak bagi pasukan Felcra FC (Pemain pinjaman). Kalau baca cerita
pasal kenapa dia jadi pinjaman pada pasukan lain ni memang banyak. Ada yang
pelik kenapa pemain sehebat ini dipinjamkan kepada pasukan lain. Bab ini aku
taknak sentuh la. Mungkin mereka ada sebab mereka yang tersendiri.
Selain kehebatan N. Thanabalan di dalam padang bola, ada
juga kisah sedih dia ni. Aku ada terbaca cerita dalam blog mengenai ada
seseorang yang tanya dia kenapa taknak berhijrah ke pasukan lain. Jawapan N.
Thanabalan memang terbaik pada aku! Kalau dia berpindah, siapa yang nak jaga
ayah dia yang kini lumpuh! Hebat kan?
Bermain dengan semangat yang besar untuk negara dan dalam
masa yang sama mengangkat keluarga kepada tahap yang tertinggi, itu hebat pada
aku. Dan daripada apa yang rakan-rakan aku bualkan, “rate” N. Thanabalan kini
naik secara mendadak selepas kehebatan beliau di dalam membantu pasukan
bolasepak malaysia ke final sukan sea KL 2017!
Bila “rate” naik, tak mustahil banyak pasukan bolasepak yang
ingin mengambil N. Thanabalan untuk mewakili negeri mereka. Ini rezeki namanya
dan mungkin akan memberi rezeki yang lebih besar kepada keluarnyanya! Apa pun,
kami semua mendoakan kejayaan pasukan malaysia di dalam memburu Raja segala
pingat Sukan Sea, Pingat emas Bolasepak!
1 Comments
Macam gitu rupanya. Harap-harap tim Malaysia boleh Menang kali ini.
ReplyDelete