Tubuh badan dah menunjukkan tanda-tanda.. | MrEjoy

Tubuh badan dah menunjukkan tanda-tanda..

Tubuh badan dah menunjukkan tanda-tanda

Tubuh badan dah menunjukkan tanda-tanda.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diizinkan untuk menulis di sini, di blog mrejoy.com. Dah baca cerita mengenai Burger Pedas Mcd? Hari ini aku nak kongsikan cerita mengenai tubuh badan aku yang mula menunjukkan beberapa symptom tidak baik. Bukanlah kata teruk sangat tapi kalau dibiarkan, boleh jadi lebih teruklah. Aduhai!

 Kalau nak diikutkan dengan usia aku, memanglah aku tak percaya dengan apa yang doktor cakap pada aku. Yelah, macam muda sangat rasanya nak kena macam tu, tapi eh! Yang bercakap tu doktor kut! Bukan kawan-kawan kan? Jadinya, haruslah aku ambil serius kan?

Kenapa dengan tubuh badan aku?

Orait. Minggu lepas dan sebelumnya, aku kerap sakit dengan bahagian belakang kepala sebelah kanan. Boleh kata hari-hari sakit. Jadi bila dah lama sangat, kenalah jumpa doktor kan? Jadi aku pun jumpalah doktor untuk tanya kenapa aku kerap sakit kepala. Lepas dah periksa semua, agak lama jugalah doktor ambil masa untuk terangkan pada aku.

Aku pendekkan cerita, rupa-rupanya aku bakal kena darah tinggi! Bakal kena, belum kena. Symptom tu dah ada kata doktor, tapi belum layak bergelar pesakit darah tinggi! Aduh! Rasa macam, betul ke darah tinggi ni? Tak kot!

Dalam masa yang sama, aku kerap sakit sebelah kanan. Pada bahagian tangan terutamanya. Eh! Lama jugalah sakitnya. Dan ada masa-masanya aku kerap rasa sakit sebelah badan! Bila kerap sangat rasa sakit tu, aku dah mula takut, sebabnya member-member aku cakap:

Eh joy! Aku rasa kau nak kena stroke ni!

Korang rasa apa perasaan aku bila member-member cakap macam tu? Memang rasa nak marah tapi bila fikir balik, ada betulnya juga. Aku jadi pelik pun ada. Sebabnya sakit sebelah badan je ni! Aduh! Bak kata wife aku, muda lagi kut nak kena semua ni.

Doktor ada beri ubat dan tengok dalam beberapa hari. Dan yang seronoknya adalah, aku tak makan pun ubat-ubat tu, hahahaha. Rasa macam nak pergi mengurut je ni dan ambil beberapa makanan kesihatan. Tapi masih terfikir, nak ambil yang mana? Banyak sangat makanan kesihatan dekat pasaran sekarang ni, korang rasa apa produk yang sesuai untuk aku? hmm.

1 comments

  1. alamak...x reti nk suggest. kena jumpa doktor la gamaknya...kihkih

    ReplyDelete