
3 Cara mudah iklankan
bisnes supaya semua orang tahu | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baik.
Pasti ramai peniaga online sekarang ni kan? Semua kini berebut-rebut nak buat
bisnes sendiri memandangkan taraf hidup yang semakin menekan. Kalau nak bergantung
harap pada 1 sumber kewangan sahaja, memang cukup-cukup makan jelah. Orait! Hari
ini aku nak kongsikan dengan semua beberapa cara yang boleh korang gunakan
untuk mengiklankan produk jualan korang supaya semua orang tahu.
Fokus aku adalah pada mereka yang baru nak memulakan perniagaan.
Mesti korang rasa macam susah je nak jual produk korang kan.
Nak dapatkan target sehari, seminggu atau sebulan pun rasa payah je. Semuanya
sebab pembeli atau pengguna tak tahu jenis produk yang korang jual! Mereka tak
tahu yang korang ada produk terbaik untuk selesaikan masalah diarang. Jadi, apa
yang perlu dilakukan untuk orang tahu bisnes kita?
Ada macam-macam cara sebenarnya. Kebiasaannya, orang akan
berikan jalan mudah. Iklankan sahaja produk korang. Guna cara berbayar. Masuk TV
atau radio. Tapi, ada masalah lain pulak. Kalau kita ni jenis banyak modal tak
apa la juga kan? Modal nak bayar iklan TV ni bukan kecil. Makan belas atau
mungkin puluh ribu! Kalau bisnes kecil, dah tentulah tak mampu kan?
Cara mudah iklankan bisnes supaya semua orang tahu
Apa pun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan
biarkan segala macam hal menghalang korang daripada menjadi seorang usahawan
yang berjaya! Nak jadi jutawan pun kena bermula daripada bawah. Susah dahulu,
senang kemudian. Janganlah tengok mereka yang bukak mata je terus kaya! Kita ambil
contoh mereka yang bermula daripada zero to hero ya! hehehe. J
Oklah! Cukup rasanya mukadimah aku. Rasa macam panjang pulak
mukadimah Cara mudah iklankan bisnes
supaya semua orang tahu ni. hehehe. jom! Aku kongsikan dengan korang
beberapa cara yang korang boleh gunakan supaya bisnes korang cepat diketahui
umum! Hehehe.
#1. Iklankan di
facebook.
Cara pertama yang korang boleh gunakan adalah, “kerap”
iklankan produk jualan/bisnes korang dekat facebook. Walaupun ramai yang cakap,
Facebook sekarang ni agak ketat sikit dalam bab “bisnes” ni, tapi masih boleh
digunapakai. Dan apa yang lebih penting adalah kena pada target korang.
Katakan korang jual produk bayi atau kanak-kanak. Korang cari
group facebook yang berkaitan. Ada banyak sebenarnya group facebook ni. Korang
boleh pilih samada yang berbayar dan perlu kan ID untuk pos iklan korang atau
group yang percuma. Kalau aku, aku lebih suka yang percuma! Hehehe. Dan di
antara group percuma yang korang boleh join adalah:
Lepas dah jumpa group yang korang cari, korang dah boleh
mula iklankan produk korang. Nak post iklan pun kena ada masanya ya! Bukan main
post macam tu je! Bab itu, nanti aku kongsikan dalam post yang lain ya.
insyaAllah, jika berkelapangan.
Aku nak share sikit mengenai bisnes dekat FB ni. Kalau
boleh, korang kena identity sendiri. Contohnya, korang jual produk bayi dan
kanak-kanak. Nama korang dekat FB, contoh BABYMEWAH_SHOPLINE.
Ada beribu mungkin mereka yang jual produk yang sama macam korang. Jadi korang
kena jadi special!
Yang membezakan korang dengan peniaga lain. Mungkin dari
segi kualiti produk, atau mungkin servis korang, atau boleh juga pelangan yang
beli dengan korang dapat point setiap kali beli mereka beli. Dan daripada point
tu, boleh melayakkan mereka dapat hadiah istimewa!
Orang malaysia ni, kalau mereka beli barang dan dapat hadiah
percuma, memang senyum sampai ke telinga! Jadi, daripada situ, pelangan akan
kerap membeli dengan korang! hehehehe.
#2. Edarkan pamphlet.
Cara kedua yang korang boleh gunakan untuk iklankan bisnes supaya semua orang tahu adalah
dengan cara edarkan pamphlet! Korang boleh tempah melalui mereka yang
menyediakan Servis ini atau buat sendiri. Nak murah, ada baiknya korang buat
sendiri. Hehehe.
Mintak tolong seorang rakan buatkan design mengenai produk
korang. Kemudian korang Photostat banyak-banyak. Kemudian edarkan! Boleh edar
dekat kawasan rumah korang, dekat pasar malam atau lokasi yang berpontensi!
Aku suka dengan konsep ni sebabnya, katakan korang edarkan
dekat pasar malam. Ambil kata, daripada 10 pamphlet tu, hanya 3 sahaja yang
ambil dan baca. Yang lainnya? Buang atau letak dalam raga motosikal sebelah. Kalau
design atau iklan korang menarik, pastinya mereka akan baca, betul tak?
Kalau mereka tak baca, mereka akan buat apa? yes! Mereka akan
buang! Aku biasa tengok, ada yang buang dekat area situ atau mereka bawa balik.
Dalam perjalanan nak balik rumah tu, mereka akan buang dekat tepi jalan. Dari sudut
positifnya, orang yang lalu lalang dekat area situ akan ternampak dan kutip. Dan
dalam sedar tak sedar, mereka juga akan tahu bisnes korang!
Kalau ada 100 keping kertas iklan yang korang buat? Maka akan
banyaklah iklan korang yang akan “bertebaran” di merata tempat. Tapi dalam hal
ini, tak bagusnya, kawasan sekitar akan jadi kotor lah. Hehehe.
#3. Iklan di blog.
Yang ketiga. Di antara cara yang pada aku paling berkesan
dan murah berbanding beriklan di TV. Ada
macam-macam blog yang korang boleh pilih untuk iklankan bisnes korang. Dan
harganya berbeza mengikut blog itu sendiri. Kalau blog besar, besarlah
belanjanya. Tapi ada juga pemilik blog yang meletakkan harga iklan serendah
bawah RM50!
Cuba bayangkan, iklan korang akan kekal dalam satu2 blog tu
selagi mana blog itu ada. Zaman sekarang ni, daripada yang besar bawalah kepada
yang kecil, semua ada handphone. Dan hampir kesemuanya, kalau nak cari produk,
mereka akan gunakan laman carian seperti google.
Dan ini akan membawa kepada penulisan blogger yang menulis
tentang produk korang. Jangan tak tahu ya, ada servis iklan yang dah tulis 5
tahun lepas pun masih bermain-main dalam laman pertama carian engine tau! Ha,
sekali bayar, beratus kali orang cari produk korang! hehehe. J
Wrote by Mrejoy