7 perfume terbaik untuk lelaki 2017.

7 perfume terbaik
untuk lelaki 2017 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Lelaki pastinya
ingin menjadi yang terbaik dalam semua aspek termasuklah penampilan diri. Bau tubuh
yang agak kuat akan buatkan rasa keyakinan diri seorang lelaki menjadi lemah!
Kali ini, Mrejoy nak kongsikan dengan semua pembaca, di antara 7 perfume terbaik untuk lelaki malaysia
bagi tahun 2017.
Perfume atau wangian ini menjadi penaik semangat buat kaum
lelaki. Jika sebelum ini, kita tak suka pakai perfume, cuba ubah! Pilih salah
satu daripada perfume di bawah dan mulakan langkah pertama anda sebagai seorang
lelaki maskulin!
7 perfume terbaik untuk lelaki.

#1. Paco rabanne 1
million.
Nampak mewah kan perfume ni? Macam jongkong emas. Seperti mewahnya
paco rabanne 1 million untuk lelaki sama halnya juga dengan baunya. Daripada
kajian yang dibuat, ramai wanita yang gemarkan bau perfume ini! J
Perfume ini memberikan identiti tersendiri buat pemakainya. Bau
wangi dari “grapefruit” pastinya mengasyikkan! Di tambah pula gabungan wangian
rose, cinnamon, dan spicy notes, Paco
rabanne 1 million memang terbaik untuk anda!

#2. Hugo boss.
Ini merupakan perfume pilihan utama mrejoy! Dari dulu hingga
sekarang, aku memang selesa dengan bauan lembut tapi manis daripada Hugo Boss. J
Hugo boss sesuai dipakai ketika kerja mahupun santai. Wangian
maskulin hugo boss mampu memberikan ketenangan kepada si pemakainya. Haruman ikonik
ini juga mampu memberikan diri pemakainya satu pengalaman baru yang tidak
pernah di rasanya sebelum ini!

#3. Jean paul
gaultier le male.
Cantik kan botol jean paul gaultier le male ni? unik! Perfume
keluaran tahun 1995 ini masih menjadi pilihan sehingga sekarang. Baunya agak
lembut dan fresh. Perfume ini sedikit berbeza daripada mana-mana perfume lelaki
yang lain. Wangian Jean paul gaultier le
male ni ada sedikit bau pudina & lavender. Tapi yang membuatkan aku
suka dengan perfume ini adalah kerana ada bau cinnamon! Tenang je bau dia. J

#4. ck eternity.
Calvin klein eternity. Perfume yang sesuai untuk semua
peringkat umur. Boleh pakai untuk kerja mahupun waktu sosial. Calvin klein
eternity melambangkan semangat si pemakainya. Maskulin tetapi kuat! Ianya juga
mampu menjadikan seorang lelaki itu lebih romantic! J

#5. Giorgio armani
code.
Satu lagi perfume kegemaran Mrejoy. Nak rasa diri yang
terbaik dan handsome di antara orang lain? Sila gunakan giorgio armani code! Hehehe.
Giorgio armani code menggabungkan citron cocktail of
bergamot scent dan lemon with soft notes of olive tree blossom serta Guaiac
wood dan Tonka Bean. Gabungan Wangian menggoda buat lelaki kontemporari!

#6. Davidoff cool
water for men.
Ingat lagi waktu sekolah dulu. Selalu terbau awek-awek
sekolah pakai perfume yang wangi sangat. Tercari-cari juga, mereka pakai
perfume apa kan? Akhirnya baru dapat tahu, mereka pakai davidoff cool water. Tapi
lain halnya dengan perfume yang ini ya! Ini khas untuk lelaki.
Davidoff cool water
for men mampu membangkitkan deria hidu orang sekeliling. Aroma maskulin ini
di hasilkan dengan gabungan mint, green nuances, lavender, coriander, rosemary,
geranium, neroli, jasmine, sandalwood, cedarwood, musk, amber dan tobacco.

#7. bvlgari aqva pour
homme.
Jenama mewah bvlgari! Gabungan wangian yang mampu memberikan
rasa semangat dan maskulin ini adalah hasil gabungan Mandarin, Petit Grain,
Santolina, Posidonia dan Mineral Amber. Perfume wajib cuba buat semua lelaki!
0 Comments