7 petanda yang korang dah bosan dengan kerjaya sekarang.

7 petanda yang korang
dah bosan dengan kerjaya sekarang | Assalamualaikum & salam sejahtera.
Ada daripada kita yang makan gaji dan ada yang lebih selesa bekerja sendiri. Merekalah
pekerja dan mereka juga bos. Kali ini aku nak kongsikan dengan semua, situasi
atau keadaan mereka yang bekerja makan gaji atau dalam kata lainnya, bekerja
dengan orang lain. Pasti ada masanya, kita akan rasa terlalu tertekan dan rasa
malas yang amat sangat untuk bekerja! Ahha! itu adalah salah satu daripada
beberapa tanda yang menunjukkan, korang dah tak mampu nak bekerja makan gaji
seterusnya perlu buat keputusan berhenti kerja dan memulakan perniagaan anda
sendiri!
7 petanda yang korang dah bosan dengan kerjaya sekarang!
Ada banyak sebenarnya petanda yang kita boleh tengok dekat
diri kita, tapi berikut adalah antara petanda-petanda yang berlaku hampir pada
semua orang yang bekerja makan gaji. Apa pun, ianya adalah kajian secara rawak sahaja.
Mungkin juga ianya adalah “signal” untuk kita segera cari kerja lain sebelum
ianya terlambat!
#1. Masih dengan
pangkat yang sama walaupun dah berkhidmat bertahun lamanya!
Setiap pekerja pastinya mahu dinaikkan pangkat seiring
dengan khidmat yang telah korang berikan. Namun, kalau korang dah bekerja
selama 10 tahun tetapi pangkat dan gaji korang masih biasa-biasa, ini bermakna
korang tak ubah seperti robot! Kalau ini yang terjadi, mulalah cari kerja lain
daripada sekarang.
#2. 8 jam terasa
seperti Seminggu.
Baru je masuk kerja korang dah tanya bila nak habis kerja. Sejam
sekali korang tengok jam, semata-mata nak tahu bila boleh balik. Kalau korang
dah masuk ke dalam level ini, maka yakinlah! Korang perlu buka computer dan
print resume terbaru dan carilah kerja dengan kadar segera! Sebelum korang
bergelar, hantu jam!
#3. Hilang motivasi.
Ada juga pekerja yang sayang pada syarikat, pada bos, pada
rakan sekerja tapi apa maknanya kalau korang benci pada kerja sendiri. Datang tempat
kerja untuk buat kerja, bukan nak melepak dengan bos kan? Bukan nak melepak
dengan kawan-kawan kan? Kalau rasa dah tak suka dengan kerja yang korang buat
sekarang, inilah masanya untuk melihat kerjaya lain.
#4. Kesihatan merundum!
Tiba-tiba je kena darah tinggi! Migraine! Tak boleh tidur! Eh!
Macam-macam penyakit! Jangan sampai kena sakit jantung sudahlah! Eh! Cepat sedar!
Ini petanda korang dah tak mampu nak kerja dekat tempat korang kerja sekarang.
Jangan sampai hidup anda berakhir di situ! Kalau jadi apa-apa pada korang,
syarikat akan bayar pampasan pada keluarga, mungkin mereka akan ingat jasa
bakti korang dalam masa sehari dua, kemudian mereka akan bekerja seperti biasa.
Sigh!
#5. Hidup jadi kusut!
Kadang sampai terbawa sampai balik rumah. Semua benda yang
korang tengok, korang akan rasa semak! Lebih sedih! Tengok isteri dengan
anak-anak pun korang rasa macam apa je! Semua ini disebabkan tekanan di tempat
kerja!
Kenapa sampai mendahulukan kerja daripada keluarga sendiri. Hidup
perlu balance! Dan korang tahu apa yang korang perlu buat? Sediakan resume dan
cari “sinar” baru kehidupan!
#6. Lebih suka buat
hal sendiri.
Kadang kita tak perasan yang kita lebih suka menyendiri. Semua
orang dekat sekeliling kita semua tak kena. Itu jahat. Itu kuat bodek. Macam-macam.
Yang akhirnya, menjadikan kita lebih suka menyendiri! Ahha! Petanda apakah ini?
Jangan hanya kesilapan korang untuk terus bekerja walaupun hati dah tiada
memaksa korang tak bercampur orang! C’mon! Dunia ni bukan untuk kita seorang!
#7. Tak jumpa jalan
ke tempat kerja!
“Monday blues” tu perkara biasa buat semua pekerja. Tapi kalau
daripada isnin bawa sampai jumaat, korang feeling “Monday blues” je, ini
petanda korang dah tak berminat nak bekerja dekat situ lagi. Ini juga adalah
petanda yang paling jelas! Yang korang memang dah tak ada minat nak kerja dan mungkin
terpaksa kerja!
2 Comments
haha tk jmpa jalan ketempat kerja tuu
ReplyDeletehahahahhaha. 10 tahun kerja, tiba-tiba lupa jalan nak ke tempat kerja. haru biru. hehehe
Delete