Botak itu maskulin!

Botak itu maskulin!
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang rasa lelaki botak itu
maskulin? Angkat tangan. Ok2. Ramai nampaknya yang bersetuju dengan aku ni.
hehehe. Kalau sebelum ini, botak adalah 1 perkataan yang aku tak suka sebut
kerana aku tergolong dalam kalangan mereka yang berambut panjang, tetapi kini,
aku nak botak! Mungkinkah kerana perubahan masa dan peningkatan usia serta
kesian pada anak aku yang kerap kena botak dengan wife aku? adeh!
Aku masih berkira-kira nak membotakkan diri memandangkan aku
sendiri “lupa” macamana wajah aku ketika aku tiada rambut. Sebabnya adalah,
sepanjang hidup aku, Cuma 2 kali sahaja aku pernah botak! Pertamanya sewaktu
aku masih sekolah rendah. Ceritanya waktu tu ayah aku nak belajar potong
rambut.
Dah nama pun baru belajar kan? Macam-macam gaya dia buat,
kesudahannya dia terus botakkan rambut aku! Sekolah rendah! Memang malu aku
waktu tu, kawan-kawan ejek. Nak keluar main pun aku taknak, menangis je sebab
kena botak. Lama aku tak keluar bermain. Ada 1 hari tu, arwah mak aku pujuk aku
keluar bermain, tapi dia suruh aku pakai cap, aku pun suka la, yelah,
budak-budak.
Aku ingat lagi waktu tu aku main bola. Ada member ni tersepak bola dan kena cap aku. Cap tercabut dan 1 padang tengok aku. Tahu apa yang semua budak-budak buat waktu tu? 1 padang gelakkan aku sebab kepala aku botak! Aku menangis dan terus balik rumah. Budak-budak kan? hmm, aku tak suka ingat kenangan ni. L
Kali kedua waktu aku sekolah menengah. Kerana terpengaruh dengan 1 gaya rambut underground ketika itu, aku suruh abang aku potong rambut aku. Sekejap je aku dengan gaya rambut tu, lepas tu aku suruh abang aku botakkan kepala aku. Nak cover punya pasal, aku pakai kopiah pergi sekolah. Hahahaha.
Itulah 2 pengalaman aku botakkan kepala. Lepas tu, sampailah
sekarang, aku tak pernah botak dan rambut aku sentiasa panjang! Hahaha.
Sampaikan 1 tahap tu, family aku suruh aku potong rambut sebab dah nampak macam
orang perempuan dah! Adeh.
Tapi kan, entah kenapa, aku nak sangat botak. Dalam erti
kata lainnya, aku nak ubah diri aku. Daripada seorang lelaki yang berambut
panjang dan sentiasa cari getah rambut bila nak keluar rumah dan bila nak tidur
kepada seorang lelaki yang tak ada rambut! Eh! Botak tu kan maskulin? Hehehe.
Ada banyak perkara dalam minda aku sekarang. Semuanya dalam
perubahan untuk membawa diri aku kepada 1 tahap yang diluar kebiasaan. Dan salah
satunya adalah, ubah penampilan diri. Aku rasa, macam dah jemu pula, bayangkan,
daripada aku kecil, sampailah kepada saat sekarang ni ha, waktu aku menulis ni,
aku berambut panjang (kecuali 2 kes dekat atas tu).
Jadinya, botak adalah sesuatu yang baru juga dalam kehidupan
aku. Sesuatu yang aku kira sebagai mencabar! Yelah, kau tak suka tapi kau buat!
Kan mencabar namanya tu. Ibarat kau keluar daripada comfort zone, macam tu la
rasa dia.
Aku dah tetapkan target dalam kehidupan aku. Dan aku dah
tetapkan juga, aku capai sahaja target aku ni, aku nak botakkan kepala! Serius!
Aku plan nak capai target aku ni dalam tahun depan! Kiranya beri peluang untuk
aku menerima banyak perubahan aku. eh! Rasa macam tak sabar pulak nak botakkan
kepala ni. hehehe.
Apa pun, aku mohon doa dari korang semua agar aku berjaya
capai target aku tahun depan! Lepas capai sahaja target aku, aku akan muat naik
gambar aku dalam blog aku ni. Buat masa sekarang, aku gunalah gambar orang lain
sebagai inspirasi ya! hehehehehe. J
0 Comments