3 Cara mudah iklankan bisnes supaya semua orang tahu. - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Sep 27, 2017

3 Cara mudah iklankan bisnes supaya semua orang tahu.

Cara mudah iklankan bisnes supaya semua orang tahu

3 Cara mudah iklankan bisnes supaya semua orang tahu | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baik. Pasti ramai peniaga online sekarang ni kan? Semua kini berebut-rebut nak buat bisnes sendiri memandangkan taraf hidup yang semakin menekan. Kalau nak bergantung harap pada 1 sumber kewangan sahaja, memang cukup-cukup makan jelah. Orait! Hari ini aku nak kongsikan dengan semua beberapa cara yang boleh korang gunakan untuk mengiklankan produk jualan korang supaya semua orang tahu.

Fokus aku adalah pada mereka yang baru nak memulakan perniagaan.

Mesti korang rasa macam susah je nak jual produk korang kan. Nak dapatkan target sehari, seminggu atau sebulan pun rasa payah je. Semuanya sebab pembeli atau pengguna tak tahu jenis produk yang korang jual! Mereka tak tahu yang korang ada produk terbaik untuk selesaikan masalah diarang. Jadi, apa yang perlu dilakukan untuk orang tahu bisnes kita?

Ada macam-macam cara sebenarnya. Kebiasaannya, orang akan berikan jalan mudah. Iklankan sahaja produk korang. Guna cara berbayar. Masuk TV atau radio. Tapi, ada masalah lain pulak. Kalau kita ni jenis banyak modal tak apa la juga kan? Modal nak bayar iklan TV ni bukan kecil. Makan belas atau mungkin puluh ribu! Kalau bisnes kecil, dah tentulah tak mampu kan?

Cara mudah iklankan bisnes supaya semua orang tahu


Apa pun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan biarkan segala macam hal menghalang korang daripada menjadi seorang usahawan yang berjaya! Nak jadi jutawan pun kena bermula daripada bawah. Susah dahulu, senang kemudian. Janganlah tengok mereka yang bukak mata je terus kaya! Kita ambil contoh mereka yang bermula daripada zero to hero ya! hehehe. J

Oklah! Cukup rasanya mukadimah aku. Rasa macam panjang pulak mukadimah Cara mudah iklankan bisnes supaya semua orang tahu ni. hehehe. jom! Aku kongsikan dengan korang beberapa cara yang korang boleh gunakan supaya bisnes korang cepat diketahui umum! Hehehe.

#1. Iklankan di facebook.

Cara pertama yang korang boleh gunakan adalah, “kerap” iklankan produk jualan/bisnes korang dekat facebook. Walaupun ramai yang cakap, Facebook sekarang ni agak ketat sikit dalam bab “bisnes” ni, tapi masih boleh digunapakai. Dan apa yang lebih penting adalah kena pada target korang.

Katakan korang jual produk bayi atau kanak-kanak. Korang cari group facebook yang berkaitan. Ada banyak sebenarnya group facebook ni. Korang boleh pilih samada yang berbayar dan perlu kan ID untuk pos iklan korang atau group yang percuma. Kalau aku, aku lebih suka yang percuma! Hehehe. Dan di antara group percuma yang korang boleh join adalah:

Lepas dah jumpa group yang korang cari, korang dah boleh mula iklankan produk korang. Nak post iklan pun kena ada masanya ya! Bukan main post macam tu je! Bab itu, nanti aku kongsikan dalam post yang lain ya. insyaAllah, jika berkelapangan.

Aku nak share sikit mengenai bisnes dekat FB ni. Kalau boleh, korang kena identity sendiri. Contohnya, korang jual produk bayi dan kanak-kanak. Nama korang dekat FB, contoh BABYMEWAH_SHOPLINE. Ada beribu mungkin mereka yang jual produk yang sama macam korang. Jadi korang kena jadi special! 

Yang membezakan korang dengan peniaga lain. Mungkin dari segi kualiti produk, atau mungkin servis korang, atau boleh juga pelangan yang beli dengan korang dapat point setiap kali beli mereka beli. Dan daripada point tu, boleh melayakkan mereka dapat hadiah istimewa!

Orang malaysia ni, kalau mereka beli barang dan dapat hadiah percuma, memang senyum sampai ke telinga! Jadi, daripada situ, pelangan akan kerap membeli dengan korang! hehehehe.

#2. Edarkan pamphlet.

Cara kedua yang korang boleh gunakan untuk iklankan bisnes supaya semua orang tahu adalah dengan cara edarkan pamphlet! Korang boleh tempah melalui mereka yang menyediakan Servis ini atau buat sendiri. Nak murah, ada baiknya korang buat sendiri. Hehehe.

Mintak tolong seorang rakan buatkan design mengenai produk korang. Kemudian korang Photostat banyak-banyak. Kemudian edarkan! Boleh edar dekat kawasan rumah korang, dekat pasar malam atau lokasi yang berpontensi!

Aku suka dengan konsep ni sebabnya, katakan korang edarkan dekat pasar malam. Ambil kata, daripada 10 pamphlet tu, hanya 3 sahaja yang ambil dan baca. Yang lainnya? Buang atau letak dalam raga motosikal sebelah. Kalau design atau iklan korang menarik, pastinya mereka akan baca, betul tak?

Kalau mereka tak baca, mereka akan buat apa? yes! Mereka akan buang! Aku biasa tengok, ada yang buang dekat area situ atau mereka bawa balik. Dalam perjalanan nak balik rumah tu, mereka akan buang dekat tepi jalan. Dari sudut positifnya, orang yang lalu lalang dekat area situ akan ternampak dan kutip. Dan dalam sedar tak sedar, mereka juga akan tahu bisnes korang!

Kalau ada 100 keping kertas iklan yang korang buat? Maka akan banyaklah iklan korang yang akan “bertebaran” di merata tempat. Tapi dalam hal ini, tak bagusnya, kawasan sekitar akan jadi kotor lah. Hehehe.

#3. Iklan di blog.

Yang ketiga. Di antara cara yang pada aku paling berkesan dan murah berbanding beriklan di TV.  Ada macam-macam blog yang korang boleh pilih untuk iklankan bisnes korang. Dan harganya berbeza mengikut blog itu sendiri. Kalau blog besar, besarlah belanjanya. Tapi ada juga pemilik blog yang meletakkan harga iklan serendah bawah RM50!

Cuba bayangkan, iklan korang akan kekal dalam satu2 blog tu selagi mana blog itu ada. Zaman sekarang ni, daripada yang besar bawalah kepada yang kecil, semua ada handphone. Dan hampir kesemuanya, kalau nak cari produk, mereka akan gunakan laman carian seperti google.

Dan ini akan membawa kepada penulisan blogger yang menulis tentang produk korang. Jangan tak tahu ya, ada servis iklan yang dah tulis 5 tahun lepas pun masih bermain-main dalam laman pertama carian engine tau! Ha, sekali bayar, beratus kali orang cari produk korang! hehehe. J

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here