Cara nak buat daging bakar cicah air asam | MrEjoy

Cara nak buat daging bakar cicah air asam

Cara nak buat daging bakar cicah air asam
sumber : resepimalaya

Cara nak buat daging bakar cicah air asam | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ahah! Banyak dapat daging korban ke? Alhamdulilah, tahun ini ada rezeki kami sekeluarga nak dapat daging korban. Biasalah, bila masuk musim korban ni, benda paling banyak dikongsikan dalam laman sosial adalah daging bakar cicah air asam! Wahh! Teringat juga waktu arwah mak aku ada lagi, kiranya ini memang menu wajib la kalau ada banyak daging dekat rumah. Apa pun, sekarang ni dah berumah tangga, biar wife aku pula yang sediakan. Lagipun, bukan susah pun nak buat. Nak tahu Cara nak buat daging bakar cicah air asam?

Orait. Bila sebut daging bakar, mesti semua orang ingat, kena bakar arang kemudian ambil daging tu dan bakar. Eh! Jangan tersilap ya! Daging tu kita kena peram dulu dengan bahan-bahan lain. Kemudian barulah boleh bakar. Baru sedap. Nak tahu bahan apa yang digunakan untuk peram daging ni? ahha! 

Ini bahan-bahannya:

  • 2 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 3 batang serai.
  • Halia
  • Kunyit hidup.
  • Minyak masak
  • 2 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu serbuk jintan manis
  • Air.

Orait. Bila semua dah tersedia. Apa yang korang perlu buat adalah, “blend” kan kesemua bahan kisar di atas bersama minyak dan air. Kemudian masukkan ke dalam daging. Lepas tu, masukkan serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar dan gaulkan sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Dan perap selama 1 jam atau lebih. Lagi lama lagi sedap sebab bahan-bahan ni lebih sebati dengan daging. Tapi janganlah lama sangat ye. Tak merasa nanti daging bakar cicah air asam ni. hehehe.

Tempah Bilik Penginapan kini lebih Mudah dengan Booking.com! 
klik <SINI> dan buat tempahan sekarang!

Bila dah rasa semuanya dah ok. Korang boleh mula bakar. Aku lebih suka menggunakan arang. Sebab rasanya lebih asli. Boleh juga gunakan oven. Itu terpulanglah pada diri masing-masing ya. Kang kita cakap guna arang, kena rumah yang tak boleh nyalakan arang, dah susah! Dah tak boleh merasa sedapnya menu ini, jadi, guna arang boleh, guna oven pun boleh, ok?

Resepi air asam cicah daging.

Kemudian bila daging dah siap bakar, kita buat pulak air asam. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 biji cili merah.
  • 10 biji cili api.
  • 2 biji bawang besar.
  • 2 biji tomato.
  • Belacan bakar.
  • 1 cawan air asam jawa.
  • Kerisik.
  • Jus limau kasturi

Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisarkan! Jangan sampai hancur ya! Kemudian tuangkan ke dalam bekas dan siap untuk di makan! Wah! Sedapnya! Amacam? Mudah kan resepi daging bakar cicah air asam ni? Dan kalau korang ada buat lebih tu, berilah sedikit pada jiran-jiran ya! Mewah rezeki kita nanti. selamat mencuba ya! J

1 comments

  1. pehh..banyak gak cerita pasal resipi kat sini eh.

    ReplyDelete