Gambar kebakaran pusat tahfiz Jalan Keramat Ujung.
Tak lama selepas kejadian ini, mula tersebar, gambar-gambar
yang sepatutnya tidak dikongsikan. Gambar-gambar
mangsa kebakaran pusat tahfiz Jalan
Keramat Ujung. Ianya sudah pasti lebih menyedihkan bila tengok keadaan mangsa.
Kita yang bukan ahli keluarga pun rasa sebak, macamana pula perasaan ahli
keluarga mangsa. Dah tentulah tak terkata rasanya kan?
Sebab itulah, ada baiknya dihentikan penyebaran gambar-gambar mangsa kebakaran pusat tahfiz ini. Dah tentulah tak siapa yang mahukan kejadian seperti ini daripada berlaku.
Namun, ianya masih dalam siasatan pihak bomba. Biarlah pihak
berkuasa yang mengeluarkan punca kebakaran. Jangan kita pula yang mengeluarkan
kenyataan yang akhirnya akan menyalahkan pusat-pusat tahfiz yang menyebabkan
ramai yang maut kerana tidak mampu menyelamatkan diri. Tidak ada salahnya
pusat-pusat tahfiz yang ada sekarang.
Apa pun, Al-fatihah buat semua mangsa kebakaran pusat tahfiz Jalan Keramat Ujung. Syurga pasti buat kamu
semua. Semoga semua mendapat iktibar daripada kejadian seperti ini dan “bersedia”
di dalam menghadapi pelbagai kejadian di luar jangkaan. Apa pun, semuanya sudah
menjadi ketetapan. Bersemadilah anak-anak syurga. :’(
1 Comments
Innalillahiwainnailahirrajiun... Semoga anak2 syurga ini tenang di sana
ReplyDelete