Teringin nak ada drone! - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Sep 26, 2017

Teringin nak ada drone!

koleksi gambar dari drone

Teringin nak ada drone! | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulilah, sihat ke semua? Harapnya sihat la ye. Ada tak peminat drone dekat sini? Pasti ramai aku kira peminat drone dari malaysia, Indonesia, singapura dan umumnya seluruh dunia. Baik! Hari ini nak cerita pasal drone pulak! Ceritanya hati aku dah lama terpaut bila tengok koleksi gambar hasil daripada drone ni. Yelah, dia kan boleh terbang tinggi, bila dapat tengok gambar daripada tempat tinggi, memang rasa wow! Kan? J

Apa Itu Drone?

Mungkin ada yang dah tahu apa itu drone dan mungkin juga ada yang belum tahu. Aku cuba terangkan secara ringkas ya.

Drone ini pada awalnya hanya digunakan oleh pihak tentera dalam operasi khas mereka. Mungkin untuk melihat kedudukan musuh atau sebagainya. Drone ni dikira juga sebagai 1 kenderaan terbang yang biasanya berbentuk segiempat. Dan beroperasi tanpa juruterbang dan menggunakan alat kawalan jauh. Penggunaan drone kini lebih meluasnya khususnya dalam bidang perfileman.

Drone ni ada macam-macam jenis dan peringkat. Daripada khas untuk beginner hinggalah kepada expert. Ada banyak keluaran dan spesifikasi juga. Ikut pada kemahuan dan kemampuan kita. Kalau nak main saja-saja, rasanya beli yang murah dah ok kut. Hehehe. Boleh search Harga Drone Di Malaysia.

Aku pernah terbaca 1 post rakan blogger yang baru beli drone jenama Phantom. Sekali tengok, memanglah tertarik! Tapi, sekali tengok Harga Drone Phantom, menangis juga aku dibuatnya! Ada yang sampai RM8,000! Eh! Tapi itu kira murah, ada yang lebih mahal daripada tu pun ada katanya!


koleksi gambar dari drone

Apa pun, ianya berbalik pada kita juga. Tengok pada keperluan. Kalau ianya mampu berikan hasil yang lumayan, pasti berbaloi kan? Kalau beli sekadar hobi, rasanya boleh beli yang harga bawah RM1k je. Tapi kalau mampu, apa salahnya. Hehehe.

Ok. kalau korang jenis yang suka photografi (daripada apa yang aku baca) Drone yang Terbaik Untuk Fotografi adalah quadcopter & phantom. Dan juga Drone yang Terbaik Untuk Video termasuklah jenama Parrot Bebop.

Baiklah! Dah cerita serba sedikit pasal drone ni, jom kita layan koleksi gambar hasil daripada drone ni! sesuatu yang aku kira impian buat semua photographer bila dapat hasilkan gambar-gambar yang secantik ni kan? Harapnya, 1 hari nanti, aku juga dapat hasilkan gambar secantik ini. insyaAllah. J


koleksi gambar dari drone

koleksi gambar dari drone

koleksi gambar dari drone

koleksi gambar dari drone

koleksi gambar dari drone

koleksi gambar dari drone

koleksi gambar dari drone

Sumber dari google.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here