Petua mudah hilangkan batuk anak dengan daun sireh

Petua mudah hilangkan
batuk anak dengan daun sireh | Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Hari ini
aku nak kongsikan di antara petua orang lama untuk hilangkan batuk dan kahak
anak-anak. Ada ibubapa yang tak suka anak-anak mereka makan ubat doktor sebab
kata mereka akan jadi lebih teruk. Dan mereka lebih gemarkan ubat-ubatan
traditional. Dan ini adalah salah satu petua yang boleh digunakan oleh ibubapa
yang ingin hilangkan batuk anak-anak dengan mudah!
Dengan keadaan cuaca sekarang ni, sekejap hujan dan sekejap
panas, anak-anak memang mudah kena batuk dan selsema. Kadang tidur mereka pun
tak lena sebab asyik batuk je kan. Kalau nampak macam lebih teruk, ibubapa yang
bekerja kena ambil cuti sebab nak jaga anak-anak. Memang serba tak kena kalau
anak-anak ni sakit.
Aku pernah terbaca 1 artikel yang kongsikan Petua mudah hilangkan batuk anak dengan
daun sireh. Banyak juga kan kelebihan daun sireh ni, selain daripada
menjadi makanan orang-orang lama (tak pastilah kalau ada orang moden yang makan
sireh ni) ianya juga boleh hilangkan batuk dan kahak anak-anak. Menarik!
Oklah. Jom kita tengok apa yang diperlukan untuk hilangkan
batuk dan kahak anak-anak kita ni.
- 2 helai daun sireh
- Lilin
- Balm
Ok. Pertama sekali, kenalah nyalakan lilin. Kemudian ambil
sireh dan layurkan atas lilin tu. Jangan lama-lama sangat ya. Cukup rasa hangat
dekat sireh tu. Kemudian, sapukan balm atas sireh (pastikan daun sireh tidak
terlalu panas).
Lepas tu, letakkan daun sireh dekat atas dada anak. Dan sehelai
lagi letak dekat bahagian belakang badan anak. Biarkan seketika dan selepas itu
semua kahak dalam badan anak akan keluar. insyaAllah.
Oklah, itu sahaja Petua
mudah hilangkan batuk anak dengan daun sireh. Semoga perkongsian ini
memberi manfaat kepada semua ya! Selamat mencuba. J
Tags:
petua
0 comments