Rahsia disebalik setiap kejayaan.

Rahsia disebalik
setiap kejayaan | Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga semuanya
berada di dalam keadaan sihat walafiat. Hari ini nak kongsi sedikit cerita aku
dengan seorang rakan. Mungkin aku boleh katakan, dia juga dalam kelompok manusia
yang berjaya. Kalau tengok daripada luaran, dia ni memang rajin bekerja. Dari pagi
bawa ke malam, dari malam bawa ke pagi, bekerja setiap masa. Waktu orang tengah
nyenyak tidur, waktu tu kita tak tahu dia buat apa. hehehe.
Bila kita tengok, kebanyakkan manusia yang berjaya, mereka
akan cakap, sentiasa usaha dan jangan pernah putus asa! Jatuh bangun dalam alam
perniagaan perkara biasa. Itu benda biasa. Pergilah mana-mana kem motivasi ke,
seminar ke, ini lah yang akan mereka kongsikan serta tips-tips perniagaan yang
lain. Kita yang mendengar ni, dah tentulah akan ikut satu persatu, kerana kata
mereka, inilah rahsia kejayaan!
Maka, selepas balik, kita pun usahalah. Ikut apa yang
diajar. Bekerja dari siang ke malam. Sehingga ada yang tersisih sebab dalam
usaha kita nak bergelar manusia yang berjaya. Buat mereka yang berjaya,
alhamdulilah. Yang tak berjaya tu, usaha lagi, sampailah ke sudah. Bila dah tak
berjaya, mulalah nak salahkan itu ini. Kata semuanya tak betul.
Yang sebenarnya, apa Rahsia
disebalik setiap kejayaan?
Aku cuba intai, cuba korek rahsia kejayaan rakan aku ni. Aku
tahu, bukan usaha sahaja yang menjadikan dia berjaya. Macamana aku boleh tahu? Part
ini tak bolehlah aku nak kongsikan. Ada rahsia yang perlu aku jaga. Takut dia
baca blog mrejoy ni, habis terbongkar semua rahsia tu. Hehehe.
Lama jugalah aku ikut kawan aku ni. nak tahu apa resepi
sebenar kejayaan tu. Sebab aku pasti, usaha, semua orang boleh usaha. Berjaya. Semua
orang boleh berjaya. Tapi nak kekal berjaya tu yang tak semua orang mampu dan
dapat. Dan benda ni, tak semua kelas, seminar dan kem akan beritahu!
Desak punya desak (hehehe) barulah dia bagitahu. Huh? Itu ayat
pertama yang keluar dari mulut aku, semua orang tahu benda ni, tapi tak semua
orang mampu buat. Dan atas sebab itu juga, tak semua orang mampu kekal berjaya
dan terus berjaya! Nak tahu apa yang dia cakap dengan aku? Benda mudah dan
semua orang tahu dan hari-hari dengar!
Joy, semua benda dalam dunia ni, kalau kau usahakan, tapi tak jaga yang 1 ni, kau tak akan kemana. Kau usahalah macamana sekalipun. Tapi kalau kau jaga hubungan kau dengan Allah. Percayalah! Kau sendiri pun tak akan percaya dengan apa yang kau bakal dapat.
Yes! Semua orang tahu benda ni kan? Jaga hubungan kita
dengan Allah. Solat jangan tinggal. Tapi berapa ramai yang cukup solat 5 waktu?
Aku sendiri mengaku, tak cukup solat 5 waktu aku. Kalau benda yang mudah kita
tak mampu buat, maka, kita akan sibuk dengan kehidupan dunia. Dari pagi ke
malam, dari malam ke pagi, hinggakan masa 24jam tu rasa tak cukup!
Lepas tu dhuha jangan tinggal. Kerana inilah sebenarnya
kunci “kekayaan” dunia. Tak percaya? Cuba buat. Lepas tu, kita sendiri tak akan
percaya dengan setiap rezeki yang datang. Macam-macam sudut. Macam-macam aliran
yang masuk! Sampai tak mampu nak tampung (nak kata kawan aku la).
Kemudian, allocate (peruntukan) setiap bulan “hadiah” untuk
mereka yang kurang berupaya. Kawan aku ni buat bisnes penternakan. Jadi, setiap
bulan, dia akan ambil seekor kambing, sembelih dan masak sedap-sedap. Kemudian hadiahkan
pada rumah anak yatim, orang miskin dan masjid-masjid. Seronok tengok orang
makan dan kenyang! Rasa puas katanya! Hehehe.
Kemudian, ini semua orang tahu. Buat pahala yang berterusan.
Dia bayarkan bil-bil air, api surau. Benda mudah yang nampak mudah tapi besar
manfaatnya! Aku pernah terbaca 1 post dekat 1 blog ni. Tentang sahihnya cerita
tu aku kurang pasti tapi aku percaya.
Cerita pasal sultan brunei. Dia bayar bil elektrik dan air masjidil haram. Cuba korang bayangkan berapa agaknya harga bil air dan elektrik masjidil haram? Mesti banyak kan? Dan lepas dia buat macam tu, kerajaan brunei jumpa telaga minyak yang tah berapa keturunan boleh guna. Rezeki yang sangat besar Allah beri pada dia.
Ada orang cakap, dia sultan. Banyak duit, bolehlah! Yang sebenarnya,
tak perlu banyak duit pun kalau nak sedekah ni. Kita bagi setiap bulan RM10
atau RM20 atau RM50 dekat tabung masjid. Wang tu, pihak masjid gunakan untuk
bayar bil atau kegunaan lain yang memberi manfaat. Kita dah dapat pahala dalam
sedar tak sedar. Ha.
Lagi satu nak pesan, jangan pernah mengharapkan balasan! Biar
ikhlas. Jangan pulak nanti, korang sedekah, dan harapkan rezeki datang melimpah
ruah! Kata orang, jadikan amalan dan jangan pernah harap balasan. Sebab bila kita
harapkan balasan, itu dah jatuh tak ikhlas nanti.
Oklah. Rasanya cukuplah setakat ini perkongsian aku. Nak
berjaya dalam dunia ni sebenarnya mudah je. Jaga hubungan kita dengan Allah.
Kita jaga yang satu ni, insyaAllah, semua jalan dipermudahkan. Dan walaupun
dalam akaun kita tak banyak angka, tapi hidup kita anak beranak rasa bahagia
je, percayalah!
0 Comments