Resepi kerabu maggi thai yang sedap! - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Sep 18, 2017

Resepi kerabu maggi thai yang sedap!

resepi kerabu maggi thai yang sedap

Resepi kerabu maggi thai yang sedap! | Assalamualaikum dan selamat petang. Ceritanya, hujung minggu lepas aku ke pasar malam dekat area rumah aku. Disebabkan aku dah biasa dengan “keadaan” dekat pasar malam ni, jadi aku boleh hafal semua kedai yang ada. Tapi, ada 1 kedai baru, yang aku baru perasan, menunya agak lain daripada yang lain. Dia jual makanan thai! Dan salah satunya adalah kerabu maggi thai superb sedap! Hehehe.

Aku ni memang suka dengan makanan thai. Dekat area rumah aku, ada 1 restoran masakan thai. Biasalah menu mereka, mee celup, bihun tomyam, somtam dan macam-macam lagi. Tapi Somtam ni memang favorite aku la. Beli bungkus kemudian makan dekat rumah. Sambil tengok TV tu, kita makan. Fuh! Sedap kan?

Tapi minggu lepas, aku berkesempatan mencuba kerabu maggi thai superb sedap dekat gerai yang baru bukak dekat area pasar malam tu. Wah! Aku sebenarnya suka cara peniaga tu cakap dengan gaya dia sediakan kerabu maggi ni, lain daripada yang lain. Hehehe. Sekali tengok macam senang je nak buat menu ni, jadinya aku carilah dekat google resepi kerabu maggi thai yang sedap! Eh. Senang je rupanya!

Resepi kerabu maggi thai yang sedap.

Dah dapat ilmu baru, cara nak buat kerabu maggi ni, jadinya aku nak kongsikan dengan semua pembaca blog mrejoy ya! Orait! Bahan-bahan yang korang perlukan adalah:

  • Maggi thai (Nak guna maggi kita pun boleh, tapi seeloknya maggi thai la kan)
  • Sotong ( dipotong bulat-bulat)
  • Udang.
  • Crab stick.
  • Cili padi.
  • Daun kobis
  • Buah tomato.
  • Daun ketumbar ( aku suka daun ketumbar! Hehe)
  • Jus limau kasturi
  • Kicap sotong (atau sos ikan cap sotong)
  • Garam dan gula.


Cara nak buat kerabu maggi thai yang sedap!

  • Benda pertama yang korang kena buat adalah rebus maggi. Rebus jugak sotong, udang dan crab stick.
  • Kemudian angkat dan toskan.
  • Kemudian masukkan dalam mangkuk.
  • Lepas tu, masukkan cili padi, daun kobis, buah tomato, daun ketumbar, jus limau, kicap sotong dan garam serta gula.
  • Gaulkan hingga semuanya sebati dan siap untuk di makan!

Senang kan resepi kerabu maggi thai ni? Lepas ni, kalau dah boring makan maggi telur letak kicap dan sos, bolehlah cuba menu ni pulak ye! Selamat mencuba ya! J

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here