Semakin tak faham dengan google adsense.

Semakin tak faham
dengan google adsense | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah,
masih diberikan kesempatan untuk menulis. Dah baca tentang cara mudah hilangkan batuk dan kahak kanak-kanak? Hari ini aku nak
kongsikan sedikit cerita mengenai google adsense. Google adsense atau GA ni
memang satu medium buat duit USD yang paling top di antara semua medium buat
duit online yang lain. Tapi untuk dapat 1 full account adsense bukanlah mudah
seperti yang disangka ya!
Berbalik dengan cerita google adsense aku ni, aku dah pun
apply 1 full account adsense. Dan yang menariknya adalah aku dah pun dapat 4
email! Bukan sekali tau! Tapi 4 kali email yang menyatakan aku dah lulus full account!
Kalau baca daripada cerita ni, memang wow! Lah kan? Tapi nanti dulu, ceritanya
tak seindah itu. Korang kena teruskan bacaan korang.
Orait. Kan aku ada cakap aku dah dapat 4 email yang cakap
aku dah lulus full account google adsense. Ceritanya aku hanya lulus dalam
email sahaja dan bukannya dalam akaun. Maksudnya, bila aku bukak akaun aku,
akaun aku masih dalam review! Under review by google adsense team! Kan pelik
bunyinya tu. Dapat sampai 4 email yang kata dah lulus google adsense tapi akaun
masih under review. Pening!
Dan semalam, aku dapat 1 lagi email yang menyatakan
permohonan aku untuk mendapatkan akaun google adsense di tolak. Aiks? Katanya masih
ada yang perlu diperbaiki. Dan mereka juga ada bagi link untuk membuat
permohonan semula. Yang membuatkan aku jadi lebih hairan adalah, macamana aku
nak apply balik kalau akaun aku masih under review?
Ha! Bila aku bukak akaun adsense, masih terpapar under
review by google adsense team! Eh? Pening aku dibuatnya, kemudian yang dihantar
email untuk buat permohonan semula tu apa ek? Aku sendiri pun tak faham. Bila di
tanya dengan mereka yang pakar dengan google adsense ni, mereka kata GA
sekarang ni memang ketat berbanding dulu. Adeh!
Apa pun, kata mereka, teruskan sahaja menulis dan jangan
fokus sangat pada google adsense ni. Apa yang penting, kena perbanyakkan
ilmu-ilmu yang berharga supaya memberi lebih manfaat kepada semua. Apa pun, aku
masih berusaha untuk dapatkan 1 full account. Semoga semuanya berjalan dengan
lancar dan aku doakan korang juga akan dapat 1 full account ya! Terima kasih
semua. J
3 Comments
bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian.
ReplyDeletekot2 nanti lulus GA fuhh berkobar-kobar berblog.
Pelik2..tpi rasanya lani GA makin mudah dpt...
ReplyDeletehari ini saya dapat email ke 5 yang cakap akaun saya dah lulus. tapi bila bukak akaun, akaun still under review. hahahha
Delete