Al-fatihah. Sultan Abdul Halim mangkat pada usia 90 tahun. | MrEjoy

Al-fatihah. Sultan Abdul Halim mangkat pada usia 90 tahun.

Sultan Abdul Halim mangkat pada usia 90 tahun

Al-fatihah. Sultan Abdul Halim mangkat pada usia 90 tahun | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak terperanjat juga bila mendengar berita mengenai raja yang disayangi seluruh rakyat kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah mangkat. Melalui pembacaan, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak istana dan menteri besar kedah katanya akan membuat 1 sidang akbar mengenainya.

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Dan merupakan anakanda ketiga Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Almarhumah Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud.

Baginda memulakan zaman persekolahan rendah di Sekolah Melayu Alor Merah, Sekolah Melayu Titi Gajah dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

Pada 3 Disember 2011, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dan yang tertua ditabalkan (84 tahun).

Baca lanjut:

ALOR SETAR 11 Sept. - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.


Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak namun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilaporkan akan mengadakan satu sidang akhbar mengenainya di Wisma Darul Aman petang ini.-


Sumber : UTUSAN ONLINE

0 comments