
Apa perlu buat bila
blogspot kena deceptive site ahead? | Assalamualaikum & salam
sejahtera. Alhamdulilah, hari ini ada kelapangan masa sedikit untuk menulis.
Yang sebenarnya semalam Mrejoy nak menulis dekat sini, tapi bila buka blog je,
terus dapat warning blog deceptive site ahead! Warhhh! Apa tu? Blog tak boleh
bukak kerana katanya ada benda yang tak kena. Macamana blog Mrejoy boleh kena warning deceptive site ahead atau laman
web yang menipu? Baca ni:
Google’s Safe Browsing systems have detected that some pages on your site might be hacked or might include third party resources such as ads that are designed to trick users into installing malicious software or giving up sensitive information. To protect your site’s visitors, your site has been demoted in Google’s search results and browsers such as Google Chrome now display a warning when users visit your site.
Yang sebenarnya, hari sebelumnya Mrejoy ada pasang beberapa
iklan. Alternative kepada iklan adsense sebenarnya memandangkan Mrejoy dah
sedikit kecewa. Sebabnya dah lebih daripada 5 kali Mrejoy dapat email yang
mengatakan your adsense account have been fully approved! Tapi bila bukak akaun
adsense, still under review. Betul lah kata kawan-kawan, google sekarang ni
memang rajin yang prank orang.
Berbalik semula pada cerita dapat warning deceptive site ahead ni, mulanya ada takut jugak la. Dah kenapa
kan tiba-tiba dapat warning macam ni. Macam-macam blog bukak cari info. Macam-macam
orang tanya nak dapatkan kepastian. Yelah, mungkin mereka pun pernah kena macam
Mrejoy kena sekarang ni kan. Cari punya cari alhamdulilah, jumpa jalan
penyelesaiannya!
Apa perlu buat bila blogspot kena deceptive site ahead?
Dalam kes Mrejoy ni, katanya blog ini ada usaha untuk menipu
orang! Secara terus terangnya, Mrejoy tak ada niat macam tu pun. Tapi ada
kesilapan dari Mrejoy juga bila tak tengok betul-betul iklan yang dipasang
dalam blog ni.
Jadinya, nak selesaikan masalah ni, Mrejoy delete semua
iklan yang baru dipasang dan hantar semula rayuan pada Google webmaster untuk
mereka “hilangkan” amaran deceptive site
ahead tu. Katanya review itu akan ambil masa sedikit, tapi bila bukak blog
hari ini, nampaknya warning tu dah hilang.
Jadinya, memang betul lah, iklan yang dipasang tu ada usaha
untuk menipu pembaca dan sekaligus buatkan blog ini dapat warning deceptive site ahead! Huhuhu. Sedih! Tapi
apa pun, ada pengajarannya di situ. Ok? Jumpa lagi dalam entry lain ya. J