5 Cara nak elak mulut daripada berbau

5 Cara nak elak mulut
daripada berbau | Assalamualaikum & selamat pagi semua. Mulut berbau. Semua
orang tak suka termasuklah Mrejoy. Kadang kita jadi tak selesa kalau nak
bercakap perkara-perkara penting dengan mereka yang mulutnya berbau. Mrejoy
tidak merokok. Dan secara terus terangnya, aku tak suka bercakap dengan mereka
yang mulutnya berbau! Hari ini, kita belajar sama-sama, macamana Cara nak elak
mulut daripada berbau.
Mungkin ada yang kata, mereka dah jaga mulut mereka dengan baik melalui berus gigi 3 kali sehari. Tapi punca kepada mulut berbau sebenarnya bukan hanya daripada gigi.
Mulut atau nafas berbau ni memang boleh jatuhkan keyakinan diri
kita apabila berhadapan dengan orang. Lebih-lebih lagi kalau orang tu tutup
mulut dia sambil cakap mulut kita berbau busuk! Mesti kita malu kan? Apa pun
jangan risau, hari ini korang akan tahu cara nak selesaikan masalah mulut
berbau ni. J
Cara nak elak mulut daripada berbau.

#1. Jangan minum kopi sebelum tidur.
Mungkin ada daripada kita yang suka minum kopi sebelum
tidur. Tapi tahukah korang yang mulut kita akan kering sewaktu kita tidur dan
akan menjadikan mulut kita berbau busuk. Adalah lebih baik kita menukarkan kopi
kepada air putih. Walaupun tidak sedap, tetapi ianya sangat baik untuk
kesihatan.

#2. Berus gigi tapi
tak berus lidah.
Kita lebih fokus kepada membersihkan gigi tetapi tidak
lidah. Lidah ada deria rasa dan di situlah terdapatnya banyak bakteria! Dan jika
ianya tidak dibersihkan, mulut kita pasti berbau!

#3. Makanan manis.
Bakteria dalam mulut amat gemarkan makanan manis. Apabila makanan
ini terlekat di celah gigi dan Tanpa pembersihan mulut yang betul, mulut kita
pasti berbau!

#4. Gigi berlubang.
Sisa makanan akan berkumpul di dalam lubang gigi dan secara
tidak langsung bakteria dalam gigi akan menyebabkan gigi rosak! Jumpa doktor
gigi dengan segera untuk menyelesaikan masalah ini.

#5. Kunyah gula-gula
getah.
Dengan cara mengunyah gula-gula getah, mulut kita boleh
bersih dengan segera. Ini adalah kerana, makanan yang terlekat di gigi akan
melekat pada gula-gula getah.
0 Comments