
7 lokasi hiking
dengan pemandangan indah di Indonesia | Assalamualaikum & salam
sejahtera. Hari ini Mrejoy nak kongsikan beberapa lokasi menarik untuk hiking
dengan pemandangan yang indah di Indonesia. Bukanlah Mrejoy menidakkan
lokasi-lokasi sedia ada yang berada di Negara kita ini, malaysia. Cuma buat
mereka yang sudahpun habis “memanjat” di sini dan merancang untuk ke luar
negara pula. Bumi Allah ini kan luas, semuanya indah. Orait! Ini sebagai
panduan buat korang ya!
Tidak ada perasaan yang mampu di gambarkan bila sampai ke
puncak dengan pemandangan yang cukup menakjubkan! Rasa hilang semua penat dan
kesakitan! Kalau ada plan trip ke lokasi indah di Indonesia ini, jangan lupa
ajak Mrejoy ya! Dapat bermalam di puncak sehari pun dah cukup bermakna dalam
seluruh kehidupan. Hehehe.
#1. Pulau Padar, Taman Nasional Komodo, Indonesia.
#1. Pulau Padar, Taman Nasional Komodo, Indonesia.

Ok. Nampak perkataan Komodo tu? Tahu rupa komodo macamana? Tak
tahu? Silakan search! Hehe. Pulau Padar ni adalah habitat bagi reptilia bernama
komodo! Walaupun bunyinya agak menyeramkan mungkin kerana takut di kejar
komodo, pulau padar menyajikan pemandangan yang cukup indah! Perjalanan ke
puncak dengan pemandangan lautan biru berlatarbelakangkan gunung ganang
pastinya berbaloi! Cuma jangan terlalu leka ya! Perhatikan juga keadaan
sekeliling, takut ada komodo. Hehe.

Ha, lupa nak beritahu, masa untuk sampai ke puncak dan turun
mengambil masa lebih kurang 2 hingga ke 3 jam. Ini bergantung kepada berapa
kali korang berhenti untuk ambil gambar. Kalau kejap-kejap berhenti, mungkin
akan mengambil masa yang lebih lama.
#2. Gunung Kelimutu.
#2. Gunung Kelimutu.

Menariknya di sini adalah, gunung yang di puncaknya ada 3
buah danau dengan 3 warna berbeza! Ada warna putih, biru & coklat. Dan warna
ini berubah-ubah mengikut waktu tertentu. Sama seperti puncak gunung yang lain,
puncak gunung kelimutu kerap diselebungi kabus. Dan kalau korang merancang
untuk datang ke sini, korang kena mendaki lebih awal untuk tengok fenomena
matahari terbit.

#3. Air Terjun SipisoPiso,
Sumatera Utara.

Bila aku jumpa lokasi ni, aku cuba untuk baca beberapa info
mengenainya. Terdapat beberapa sejarah dan misterinya air terjun sipisopiso
ini. Namun, air terjun setinggi 120 meter ini pastinya tidak akan mengecewakan
korang. Dan katanya lagi, belum panjat, baru je sampai dekat lokasi parking je
korang pasti yang terpukau dengan keindahan alam di sini.

Ada lebih kurang 600 anak tangga yang perlu korang lalu dan
kalau penat, boleh berhenti dulu mandi sungai. Dan anggaran untuk sampai ke
puncak adalah lebih kurang satu setengah jam.
#4. Puncak Jaya,
Papua

Eh! Dekat Indonesia ada salji ke?? Agak terperanjat juga
bila baca mengenai Puncak Jaya, Papua yang termasuk di dalam 7 puncak gunung
tertinggi di dunia. Tarikan utama di sini adalah gunung bersalji. Dan di
sarankan, hanya mereka yang cukup pengalaman sahaja untuk mendaki di sini. Ini adalah
kerana, laluan pendakian di sini dikatakan agak mencabar dan masa untuk sampai
ke base comp sahaja mengambil masa sehingga 4 hari! Berani?
#5. Wae Rebo, Nusa
Tenggara Timur.

Pada ketinggian 1200 meter dari aras laut, terdapat 1
perkampungan adat yang dinamakan sebagai wae rebo. Disini ada 7 buah rumah adat
yang dikatakan telah dihuni 19 generasi! Lama kan? Penghuni dikatakan sangat
ramah dengan tetamu cumanya kalau korang merancang untuk ke sini, tolonglah
hormat dengan tempat dan adat mereka ya.
Untuk sampai ke lokasi ini, korang memerlukan masa sebanyak
3 hari. Namun semua ini pasti berbaloi dengan pemandangan indah dan suasana
dingin. (Aku selalu terfikir, bagaimana kehidupan mereka yang berada di tempat
tinggi tanpa kemudahan lengkap seperti kita, hmm).
#6. Gunung Merbabu,
Jawa Tengah

Dengan ketinggian 3145
meter dari aras laut, korang boleh menikmati pemandangan jelas 7 puncak
gunung iaitu Gunung Sumbing, Gunung Sindoro, Dataran Tinggi Dieng, Gunung
Telomoyo, gunung Ungaran, Gunung Merapi dan Gunung Lawu. Selain itu, terdapat 5
buah kawah sisa letusan gunung berapi di sini.
Jarak untuk sampai ke sini, pergi dan pulang dalam anggaran
14 jam. Namun ada juga yang mengambil kesempatan untuk bermalam disini.
#7. Gunung Gede
Pangrango.

Ada banyak tarikan di sini antaranya telaga biru, air terjun
dan air panas. Dekat sini juga ada pelbagai spesis burung. Jadinya, suasana
ketika hiking itu pastinya lebih menarik. Jangan lupa untuk bermalam di puncak
jika berkesempatan ya! J
1 Comments
InshaAllah akan sampai. amin :)
ReplyDelete