
Apa yang menarik di
Jeju island? 9 lokasi ini pasti buat anda tak sabar nak ke sana! | Assalamualaikum
& salam sejahtera. Baru-baru ini, Airasia X telah melancarkan penerbangan
terus ke Jeju island yang terletak di Korea selatan. Namun ada beberapa
persoalan dalam minda Mrejoy, antaranya adalah, Apa yang menariknya di Jeju
Island ni? Kenapa ramai yang menantikan penerbangan terus ke sana? Dan selepas
mendapat beberapa info mengenainya, wow! Tiba-tiba rasa macam nak beli tiket
dan terus terbang kesana! Ayuh! Lanjutkan bacaan korang!
Pulau jeju tersenarai di antara 7 Wonders of Nature!
9 lokasi ini pasti buat anda tak sabar nak ke Jeju Island!
Baiklah, sebelum itu, jeju island adalah sebuah pulau yang
masih terpelihara dari pembangunan dan kemodenan. Dan kebanyakkan pelancong
yang datang ke sini adalah daripada kalangan mereka yang cintakan alam semulajadi
terutamanya gunung ganang dan pantai. Dan Pulau Jeju menerima pelancong paling
ramai pada musim bunga iaitu dari mac hingga mei.

#1. Seongsan
Ilchulbong.
Bila pertama kali Mrejoy google Jeju island, gambar Seongsan
Ilchulbong ni antara yang menarik perhatian. Macam sebuah pulau ganjil yang
terletak dekat tengah2. Tapi jangan tersilap ya! Seongsan Ilchulbong adalah
bekas gunung berapi yang dianggarkan berusia lebih kurang 100,000 tahun! Lokasi
ini dikatakan antara lokasi wajib kunjung jika korang datang ke sini. Dan antara
tarikan menarik di sini adalah melihat matahari terbit.
Seongsan Ilchulbong juga di iktiraf sebagai UNESCO World Heritage.

#2. Cheonjiyeon
Waterfall (Air terjun Cheonjiyeon)
Cheonjiyeon Waterfall
ni antara air terjun paling popular di jeju island. Walaupun lokasinya
terletak di dalam bandar, tapi korang tetap akan rasa tenang bila datang ke
sini sebab lokasi ini dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok dan
tumbuh-tumbuhan yang lain.
Pengunjung tidak dibenarkan mandi di Cheonjiyeon Waterfall ni. Jadi kalau korang datang kesini, jangan suka-suka nak terjun ya. hehehe.

#3. Jusangjeolli
Cliff.
Sekali tengok lokasi ni rasa macam lokasi pengambaran filem
dalam dewan kan? Tapi Jusangjeolli Cliff memang wujud di jeju island ya. Antara
tarikan menarik di sini adalah batu-batuan tebing yang berbentuk heksagon. Ianya
terjadi disebabkan larva gunung berapi yang bertemu dengan air laut. Dan kalau
korang datang ke jeju island, jangan lupa singgah disini ya!

#4. Hallasan.
Hallasan ni adalah gunung paling tinggi di korea. Dan kalau
korang datang pada musim sejuk, korang akan berpeluang melihat hallasan di
penuhi dengan salji. Buat mereka yang gemarkan aktiviti hiking, lokasi ini amat
sesuai buat korang dan pastinya, kepenatan korang akan terbalas dengan
pemandangan kawah gunung berapi yang sangat cantik dari puncak hallasan!

#5. Seopjikoji.
Terletak dekat dengan Seongsan Ilchulbong dan Pulau Udo, lokasi
ini sering menjadi lokasi pilihan untuk drama korea. Dan kalau korang peminat
tegar drama korea, korang patut datang kesini. Mana tahu dapat peluang jumpa
dengan pelakon-pelakon korea ke, kan? hehehe.

#6. Jeongbang
Waterfall
Air terjun tepi laut! Air terjun Jeongbang merupakan satu-satunya air terjun di asia yang jatuh
terus ke dalam laut. Dekat sebelah air terjun ni, korang boleh nampak tulisan Seobulgwacha
yang merujuk kepada Seobul. Seobul ni adalah hamba kepada Maharaja Dinasti Qin
Cina yang diperintahkan untuk mencari bahan yang akan menjadikan dia kekal
abadi.

#7. green tea farm
jeju.
Kalau datang ke sini, korang bukan sahaja dapat melawat
ladang, tapi korang juga boleh melawat muzium dan tea lab yang mana korang
boleh dapatkan info mengenai jenis-jenis teh dari seluruh dunia. korang juga
boleh rasa teh fresh dekat sini. J

#8 . Seongeup Folk
Village.
Seongeup Folk Village merupakan 1 kampung warisan kerana
disini, korang bagaikan berada dalam tahun 50an. Menariknya di sini, Penduduknya
membina pagar rumah mereka daripada batu larva! Rare kan? hehe.

#9. Tangerine Farm
jeju.
Buah ini adalah buah paling popular di jeju island. Boleh dikatakan
hampir setiap rumah disana akan tanam pokok tangerine ni. Dan disebabkan buah
tangerine ni terlalu banyak, maka harganya menjadi sangat murah. Boleh makan
sampai kenyang. J
Oklah. Seperti yang Mrejoy ada beritahu pada awal tadi, Air
Asia X kini menawarkan penerbangan terus ke Jeju Island. Dan mereka juga
menawarkan promosi khas terbang murah ke Jeju island hanya dengan RM199! Jadi,
buat korang yang dah lama merancang atau tiba-tiba minat nak ke jeju island,
ini adalah peluang keemasan buat korang! Tempah sekarang dan terbang bermula 12
Disember 2017 sehingga 25 Mac 2018!
Klik Banner di bawah dan buat tempahan sekarang!
1 Comments
Memang menarik sangat semua tempat tu
ReplyDelete