Apa perlu buat bila blogspot kena deceptive site ahead? | MrEjoy

Apa perlu buat bila blogspot kena deceptive site ahead?

Apa perlu buat bila blogspot kena deceptive site ahead

Apa perlu buat bila blogspot kena deceptive site ahead? | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulilah, hari ini ada kelapangan masa sedikit untuk menulis. Yang sebenarnya semalam Mrejoy nak menulis dekat sini, tapi bila buka blog je, terus dapat warning blog deceptive site ahead! Warhhh! Apa tu? Blog tak boleh bukak kerana katanya ada benda yang tak kena. Macamana blog Mrejoy boleh kena warning deceptive site ahead atau laman web yang menipu? Baca ni:

Google’s Safe Browsing systems have detected that some pages on your site might be hacked or might include third party resources such as ads that are designed to trick users into installing malicious software or giving up sensitive information. To protect your site’s visitors, your site has been demoted in Google’s search results and browsers such as Google Chrome now display a warning when users visit your site.

Yang sebenarnya, hari sebelumnya Mrejoy ada pasang beberapa iklan. Alternative kepada iklan adsense sebenarnya memandangkan Mrejoy dah sedikit kecewa. Sebabnya dah lebih daripada 5 kali Mrejoy dapat email yang mengatakan your adsense account have been fully approved! Tapi bila bukak akaun adsense, still under review. Betul lah kata kawan-kawan, google sekarang ni memang rajin yang prank orang.

Berbalik semula pada cerita dapat warning deceptive site ahead ni, mulanya ada takut jugak la. Dah kenapa kan tiba-tiba dapat warning macam ni. Macam-macam blog bukak cari info. Macam-macam orang tanya nak dapatkan kepastian. Yelah, mungkin mereka pun pernah kena macam Mrejoy kena sekarang ni kan. Cari punya cari alhamdulilah, jumpa jalan penyelesaiannya!

Apa perlu buat bila blogspot kena deceptive site ahead?


Dalam kes Mrejoy ni, katanya blog ini ada usaha untuk menipu orang! Secara terus terangnya, Mrejoy tak ada niat macam tu pun. Tapi ada kesilapan dari Mrejoy juga bila tak tengok betul-betul iklan yang dipasang dalam blog ni.

Jadinya, nak selesaikan masalah ni, Mrejoy delete semua iklan yang baru dipasang dan hantar semula rayuan pada Google webmaster untuk mereka “hilangkan” amaran deceptive site ahead tu. Katanya review itu akan ambil masa sedikit, tapi bila bukak blog hari ini, nampaknya warning tu dah hilang.

Jadinya, memang betul lah, iklan yang dipasang tu ada usaha untuk menipu pembaca dan sekaligus buatkan blog ini dapat warning deceptive site ahead! Huhuhu. Sedih! Tapi apa pun, ada pengajarannya di situ. Ok? Jumpa lagi dalam entry lain ya. J

0 comments