Dapat Email ke 5 fully approved adsense! - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Oct 3, 2017

Dapat Email ke 5 fully approved adsense!

fully approved adsense

Dapat Email ke 5 fully approved adsense! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, hari ini dapat juga menulis. Agak lama juga aku bercuti. Mood menulis tu dah ke laut agaknya. Oklah, Hari ini aku nak cerita sikit mengenai google adsense. Rasanya dah banyak kali juga aku cerita pasal aku dapat email approve fully account adsense tapi account nya masih under review. Kegembiran pada awalnya, kedukaan pada akhirnya.

Apa yang lebih memeningkan aku, hari ini bila aku bukak email, aku dapat email ke 5! Ya! Email ke 5 yang mengatakan account adsense aku dah fully approved! Wah! Hebatkan? Dapat sampai 5 kali email approved account tapi account still under review!

Aku cuba cari jawapan dalam group adsense malaysia. Bila mana aku cakap aku dah dapat 4 email yang kata account aku dah fully approved tapi account adsense still under review, semua orang cakap pelik! Yelah, mana pernah dapat banyak email macam tu tapi account belum ada! Yang sebenarnya, bukan diaorang je pelik, aku pun pelik juga!

Kalau baca pada bahagian “home”, memang pihak adsense ada beritahu yang ada sesetengah account akan mengambil masa yang agak lama untuk dapat kelulusan. Bab itu aku tak boleh nak nafikan la. Mungkin mereka ada alasan mereka yang tersendiri. Tapi kalau dapat email approve, sampai 5 kali pulak tu, itu aku pelik!

Kalau ada yang kurang percaya dengan apa yang aku ceritakan ni, korang boleh tengok gambar dekat bawah ni:

fully approved adsense

Ha, sekarang korang percaya tak? Jadi, kalau korang dekat tempat aku, apa pendapat korang atau mungkin, apa yang korang akan buat? Aku ada tanyakan hal ni dalam adsense forum, tapi sehingga ini masih belum dapat jawapan yang memuaskan. Aku dah cuba email pihak adsense, dan sehingga kini masih belum ada apa-apa jawapan.

Kalau korang ada jalan penyelesaian atau ada pengalaman yang sama, ,boleh tak share dengan aku? Pada bahagian komen atau boleh email ke mrejoy3@gmail.com. Rasa macam nak biar pun ada adsense ni, tapi kata orang, usaha tangga kejayaan. Jadi, kita kena terus berusaha! insyaAllah. J

3 comments:

  1. Mungkin ada beberapa kritea yang tak dipenuhi oleh andsense. tu kejap pending kejap approved.

    ReplyDelete
  2. kena usaha lagi lah jawabnya, keep on sharing

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here