Muzium misteri : Kisah si penangkap lembaga.

Muzium misteri :
Kisah si penangkap lembaga | Assalamualaikum & salam sejahtera. Drama
terbaru seramedi di TV3 bertajuk Muzium Misteri mula di tayangkan bermula 03
Oktober 2017. Drama yang mengisahkan 3 orang lelaki yang kerjanya menangkap
lembaga atau makhluk halus atau dalam bahasa mudahnya hantu. Mrejoy baru
berkesempatan menonton drama ini semalam. Itupun lepas anak Mrejoy beriya-iya
ajak tengok drama ni.
Ayah-ayah. Tengok cerita ni. hantu. Hantu.
Sinopsis Drama Muzium
misteri : Dibintangi bell Ngasri, Along Eyzendy, Shah Sulaiman, AR Badul,
Kuza, Chacha Maembong mengisahkan tentang pelajar kejuruteraan jepun ( along
eyzendy & bell Ngasri) yang pulang ke malaysia lepas habis belajar. Walaupun
mereka ni dalam kategori bijak, tapi mereka tetap tak dapat kerja.
Disebabkan mereka ni bijak, waktu dekat jepun, mereka telah mencipta 1 alat yang mampu menangkap lembaga
ataupun hantu ni. Dan setelah susah nak dapat kerja, mereka dapat idea untuk
menjadi penangkap hantu dekat malaysia. Dan selepas buat keputusan nak jadi “ghostbuster”
mereka ajak pulak shah sulaiman join mereka tangkap hantu.
Dalam drama ni pulak, Encik Bad (AR. Badul) ada 1 muzium
yang menyimpan replica makhluk halus atau lembaga ini yang di namakan sebagai
muzium misteri. Pada awalnya, encik bad rasa badan dia macam ada yang tak kena.
Lepas dia dapat tahu pasal team ghostbuster ni, dia terus minta bantuan mereka
untuk tolong dia “scan” badan dia.
Selepas di bantu oleh di penangkap lembaga ni, encik bad
dapat idea untuk majukan bisnes muzium dia. Dia upah team ni untuk tangkap
hantu dan pamerkan dekat muzium misteri dia. Encik bad fikir, kalau dia gunakan
hantu betul, dah pasti muzium dia akan dapat lebih banyak sambutan. Tapi encik
bad ada saingannya juga iaitu encik tar. Maka bermulanya episode-episod
penangkapan lembaga dan saingan bisnes hantu ni.
Komen Mrejoy:
Mulanya macam tak suka anak-anak tengok drama macam ni. Ayat
pertama Mrejoy waktu menonton Muzium Misteri ni adalah “Masih ada lagi drama
macam ni kan?”. Sebabnya drama macam ni biasa lama dulu banyak ditayangkan. Kemudian
dia pengaruh minda anak-anak kecil. Puas juga Mrejoy terangkan pada anak-anak
Mrejoy yang hantu tu tak wujud. Tapi dalam minda mereka tetap hantu tu wujud.
Apa pun, kepercayaan pada makhluk lain selain manusia itu
perlu. Dan daripada seorang yang agak kurang menonton TV kepada seorang yang
perlu ada di depan TV hanya untuk memantau rancangan-rancangan yang di tonton
anak-anak mrejoy.
Apa pun, Drama Muzium Misteri ni seronok di tonton kerana
jalan ceritanya agak santai pada Mrejoy. Boleh hilangkan penat dan stress
bekerja. Di tayangkan setiap hari isnin hingga rabu bermula jam 2200. Selamat menonton
pada semua! J
1 Comments
Boleh tahan citer ni .
ReplyDelete