Flakka : Dadah yang menukarkan manusia menjadi Zombie!

Flakka : Dadah yang
menukarkan manusia menjadi Zombie! | Assalamualaikum & salam sejahtera.
Baru-baru ni Mrejoy ada tengok 1 video dekat laman sosial facebook. Tajuk memang
seram! Manusia bertukar menjadi zombie dekat luar negara! Bila tengok video tu,
mrejoy terus jadi takut! Dah kenapa sampai jadi macam tu? Mata, badan,
pergerakkan tubuh, dah macam manusia yang kelaparan daging manusia!
Bahaya flakka kepada manusia!
Bila terbaca komen pada bahagian video tu, baru Mrejoy tahu
yang manusia-manusia ni dah ambil dadah jenis flakka! Flakka ni sejenis dadah
terbaru yang sangat atau paling berbahaya! Mulanya dadah jenis ini dijadikan
sebagai ubat. Tapi lepas doktor jumpa ada benda terlarang dalam ubat tu, yang
menjadikan manusia berada dalam tahap ilusi yang teruk, terus pakar perubatan
menukarkan flakka kepada dadah paling berbahaya!
Bahan kimia yang terdapat di dalam flakka akan meransang otak manusia yang menjadikan mereka rasa lebih kuat, hilang rasa takut, hiling rasa malu dan yang lebih teruk lagi, gila!
Walaupun dadah jenis flakka ini hanya memberi kesan beberapa
jam sahaja kepada manusia, tapi ia boleh kekal berlaku dalam otak manusia untuk
tempoh masa yang lama! Maknanya, lepas mereka sedar, mereka rasa kesan ni dah
hilang, tapi silap! Ianya sudah meracuni minda mereka yang ambil flakka ni.
Dalam erti kata lainnya, mulanya ingin mencuba, dan akhirnya
mereka akan kekal mengambil flakka seterusnya menghancurkan diri dan mungkin
orang lain.
Apa yang lebih menakutkan adalah, asia merupakan sasaran pasaran flakka!
Ada 1 komen yang membuatkan Mrejoy jadi lebih takut. Katanya
ada 1 kes di mana, orang yang ambil flakka ni bertindak agresif dengan membunuh
orang lain dan memakan daging manusia tu!
Jadi, memang ada benarnya Flakka adalah Dadah yang menukarkan manusia
menjadi Zombie!
Ada juga kes yang mana mereka yang ambil flakka ni
menjerit-jerit seperti orang gila, memusnahkan harta benda awam dengan cara
yang agresif, memecahkan tingkap kereta dengan kepala sambil menjerit-jerit
yang mereka adalah syaitan!
Apa yang lebih menakutkan Mrejoy adalah bila terbaca yang
dadah jenis ini sudah berada di Indonesia. Mengenai kesahihan ini, masih kurang
pasti Cuma berharap yang ianya tidak berada di malaysia atau kita akan mula
berperang dengan zombie?
0 Comments