Impian Mrejoy dalam dunia blog.

Impian Mrejoy dalam
dunia blog | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulilah, masih
diberikan kesempatan untuk menulis hari ini. syukur. Baiklah, hari ini, terasa
macam nak berkongsikan apakah impian Mrejoy dalam dunia blog. Ada banyak
sebenarnya. Ada yang dah berjaya capai, dan ada yang masih dalam usaha nak
capai. Semoga semuanya dipermudahkan.
Baiklah, impian pertama Mrejoy adalah untuk jana income
dalam USD. Mrejoy dah pernah rasa duit USD sebenarnya melalui blog Cuma Mrejoy
belum berjaya lagi jana income dengan adsense! huh! Sampai ke hari ini
sebenarnya masih cuba nak dapatkan akaun adsense. Walaupun Mrejoy dah berjaya
dapat “email full approved account
adsense” tapi sehingga ke hari ini, akaun adsense Mrejoy masih under
review. Sigh!
2. Mrejoy nak menulis tentang travel & food. Dalam erti kata lainnya, nak jadi travel
blogger. Bukan mudah sebenarnya nak capai title ni. Tapi kalau tidak dengan
usaha, dah tentu tak kemana kan? Melancong secara percuma memang menyeronokkan,
tapi kalau menunggu sahaja, ada rezeki memang best. Kalau tiada, tunggu apa
lagi kan?
Keluarkan duit sendiri dan mula mengembara! Lebih menyeronokkan!
3. Blogger sepenuh
masa. Pasti semua blogger mahukan title ni kan? Tapi bukan mudah sebenarnya.
Mrejoy pernah tanya seorang top blogger
malaysia mengenai hal ini. Tanya 1 soalan je, tapi jawapan yang diberikan,
tiba-tiba macam tak mampu nak baca! Hehehe. Memang ada benarnya apa yang dia
beritahu, nampak memang macam menyeronokkan, tapi cabarannya tak siapa yang
tahu.
Nasihatnya mudah. Pastikan blog kita dah betul-betul hasilkan income besar, baru buat keputusan untuk jadi blogger sepenuh masa.
4. Menjadi panduan semua. Siapa yang tak mahu blog dia jadi
panduan orang kan? Macam jadi 1 sumber ilmu buat semua. Lebih banyak kita
kongsikan dengan semua, lebih banyak yang kita akan dapat, insyaAllah. ilmu
yang kita ada, jika dikongsikan, lebih banyak yang kita akan dapat melalui
perkongsian daripada rakan blogger atau pembaca.
Dan rasanya, inilah 4 perkara utama yang Mrejoy ingin capai
buat masa ini. Pastinya ada perkara lain pada masa mendatang. Cumanya, dengan
usaha yang keras, apa sahaja kita mampu capai. Jatuh bangun perkara biasa. Yang
menjadikan kita luar biasa adalah bila jatuh, kita bangun dan terus berusaha.
insyaAllah. Mrejoy doakan juga korang semua akan berjaya mencapai apa yang
korang inginkan dalam kehidupan ya. amin. J
0 Comments