Ironlady Malaysia, Datuk Maznah Hamid meninggal dunia. - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Oct 5, 2017

Ironlady Malaysia, Datuk Maznah Hamid meninggal dunia.

Ironlady Malaysia, Datuk Maznah Hamid meninggal dunia

Ironlady Malaysia, Datuk Maznah Hamid meninggal dunia |Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terkejut juga Mrejoy bila mendengar perkhabaran ini. Ironlady Malaysia, Datuk Maznah Hamid telah meninggal dunia. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd ini dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.10 petang semalam selepas berada dalam kritikal selama lima hari.

Baca lanjut:

Usahawan terkenal Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid sering mengadu keletihan sejak dua bulan lepas sebelum pemeriksaan kesihatan menunjukkan masalah terhadap injap jantungya, menurut suaminya Datuk Seri Shaheen Mirza Habib.

“Dua minggu lalu selepas balik dari Kedah, ketika naik tangga arwah ada mengadu keletihan sangat dan merasa tidak boleh bernafas,’’ katanya kepada pemberita selepas isterinya meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Beliau berkata keputusan dibuat supaya arwah menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang Puteri.

“Pemeriksaan terhadap paru-paru mendapati tiada apa-apa masalah namun pemeriksaan lanjut mendapati injap jantung Datuk Maznah telah rosak teruk,” kata Shaheen.

Susulan itu, beliau berkata keluarga membuat keputusan supaya Allahyarham, yang merupakan exco Wanita Umno dan pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, mendapatkan rawatan lanjut di IJN.

Allahyarham yang berusia 62 tahun menjalani pembedahan jantung pada 28 September lalu sebelum meninggal dunia pada 6 petang semalam.

Shaheen berkata beliau sekeluarga amat terkejut dengan masalah kesihatan yang dihidapi Allahyarham sebelum meninggal dunia.

“Arwah seorang yang aktif dan sering memeriksa tahap kesihatannya secara berkala… dan keputusan selalunya menunjukkan beliau seorang yang sihat,” katanya.

Dalam pada itu, anak sulung Allahyarham, Nur Sharmila Shaheen berkata beliau sekeluarga reda dengan pemergian ibu mereka dan berterima kasih dengan semua pihak yang menziarah dan mendoakan kebaikan Allahyarham.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis menziarahi jenazah Allahyarham di IJN sebelum mengiringi jenazah ke kediaman arwah di Ukay Heights, Ampang.

Jenazah dijadual dikebumikan selepas solat Asar hari ini. (Bernama)

1 comment:

  1. Inna lillah hiwainna ilaihirojiun...
    Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman disisiNYA.
    Takziah buat ahli keluarga beliau.

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here