Kelebihan & keburukan makan petai

Kelebihan &
keburukan makan petai | Assalamualaikum & salam sejahtera. Tertarik nak
tulis pasal petai ni sebabnya, aku tak tahan bila terpaksa “berkongsi” tandas
dengan mereka yang makan petai! Aku tak makan petai. Sebabnya bukan tak boleh
makan, tapi kerana arwah mak aku tak bagi kami adik beradik makan petai. Dan aku
sangat bersyukur atas itu. Kalaulah aku makan, rasanya penuh bau-bauan petai
dekat rumah aku. alamak!
Wife aku seorang pengemar petai. Sebelum dia bernikah dengan
aku, dia memang suka makan petai. Katanya sedap! Tapi bila dia bernikah dengan
aku, secara automatiknya, dia berhenti makan. Sebabnya, aku larang dia makan! Hahaha.
kejam tak? Tak kejam rasanya kalau fikir balik “kesan” yang bakal berlaku. Wargh!
Tak mampu aku dan anak-anak dan menerimanya nanti.
Apa pun, aku tak kata petai tu tidak baik. Banyak juga khasiatnya makan petai ni. Aku cuba
senaraikan apakah Kelebihan &
keburukan makan petai. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua
ya. J
Kelebihan & keburukan makan petai.
#1. Penawar diabetis
& kolestrol.
Daripada pembacaan aku, salah satu manfaat petai adalah
penawar kepada masalah diabetis. Petai dikatakan mempunyai kloroform yang mampu
mengurangkan tahap glukosa dalam darah. Petai juga mampu menurunkan paras
kolestrol sekaligus dapat mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung.
#2. Menjaga hati.
Petai dikatakan berkeupayaan di dalam membersihkan darah
dalam badan. Hati berfungsi menapis toksin dari darah. Jadi, kalau korang nak jaga
organ hati, kenalah rajin-rajin makan petai ya. hehehe.
#3. Menjaga buah
pinggang.
Rasa pahit pada petai sebenarnya adalah ciri-ciri yang baik
di dalam antibakteria & antikulat. Petai digunakan secara tradisional di
dalam merawat keradangan buah pinggang. Petai juga adalah penawar kepada
jangkitan saluran kencing dan pundi kencing.
Banyak sebenarnya kelebihan lain makan petai ni, dan aku
kongsikan 3 perkara sahaja ya. Namun, harus juga di ingatkan, walaupun ada
kebaikannya, makan petai secara berlebihan juga mampu memudaratkan!
#1. Mulut & air kencing berbau.
Ini adalah alasan paling kuat kenapa aku tak suka makan
petai. Mereka yang suka makan petai ni, kalau buang air kencing, boleh bau 1
rumah! Memang tak selesa jadinya! Malah, mulut mereka juga berbau. Ini akan
mewujudkan rasa kurang senang pada orang sekeliling.
#2. Bahaya pada
ginjal.
Selain itu, makan petai secara berlebihan juga akan berikan
kesan buruk pada ginjal. Ini adalah kerana, asid amino yang ada di dalam petai
mampu membuatkan ginjal rosak!
#3. Kencing tidak lawas.
Makan petai secara berlebihan juga mampu membuatkan kencing
menjadi tidak lawas. Ini adalah kerana, asid yang berada di dalam petai mampu
membuatkan saluran ateri tersumbat!
0 Comments