Kelebihan mereka yang berdarah O

Kelebihan mereka yang
berdarah O | Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulilah, kembali
menulis setelah bercuti 3 hari. Apa khabar rakan-rakan semua. Semoga dengan
cuti sekolah ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama kita ya,
insyaAllah. baik! Siapa yang berdarah O? Jika korang berdarah O, maka kita
boleh jadi geng la ye! Sebab Mrejoy berdarah O. Dan hari ini, terasa pula nak
bercerita apakah kelebihan mereka yang berdarah O ni. Bukanlah nak kata darah
lain tiada kelebihan, Cuma dah kita darah O, kita ceritalah pasal darah kita
kan? hehehe.
Antara info menarik yang Mrejoy dapat melalui pembacaan
dalam laman sosial, kehidupan mereka yang berdarah o ini sedikit berbeza dengan
orang lain. Mereka juga terdedah dengan penyakit yang berbeza. Dan bila sebut
tentang sakit, pasti orang akan cakap, Mereka yang darah O ni, susah kena
sakit. Tapi kalau sekali kena sakit, mesti teruk walaupun demam! Ha, biasa
orang cakap macam tu la.
Kemudian, cara pengambilan makanan juga berbeza dengan orang
lain. Ini juga termasuklah dalam kehidupan seharian mereka contohnya bersukan. Ini
yang membuatkan mereka yang berdarah O terasa unik sedikit berbanding darah
lain. Sekali lagi, semua darah punya kebaikan dan kelebihan mereka yang
tersendiri. Cuma, Mrejoy berdarah O, jadi nak bercerita mengenai darah ini la
ye. J
Kelebihan mereka yang berdarah O.
#1. Boleh dermakan
darah pada jenis darah yang lain.
Ini point penting sebenarnya buat mereka yang berdarah O.
Darah jenis ini sememangnya menjadi perhatian bila mereka seringkali diperlukan
untuk pendermaan darah. Mereka dari jenis darah yang lain boleh menerima darah
jenis O. Namun berbeza buat diri sendiri yang mana hanya boleh menerima darah
jenis O sahaja. hmm.
Apa pun, marilah semua rakan-rakan yang berdarah O, kita
menderma darah. Kerana ramai sebenarnya yang memerlukan darah kita ini. Dan
mungkin ianya juga mampu menyelamatkan nyawa orang lain. J
#2. Dilahirkan sebagai
pemimpin?
Jika tidak sebagai pemimpin dalam organisasi besar, anda
mungkin mampu menjadi pemimpin yang baik di dalam keluarga anda! Mereka yang
berdarah O ini adalah mereka yang mempunyai sifat berkeyakinan, bercita-cita
tinggi, dan peramah! Selain itu, mereka juga adalah seorang yang berkarisma dan
berkeyakinan tinggi dan mampu membuatkan orang sekeliling mereka akan bersetuju
dengan apa sahaja yang disampaikan mereka yang berdarah O ini!
#3. Sistem imunisasi
yang tinggi.
Mereka yang berdarah O memiliki sistem imunisasi tubuh yang
lebih tinggi berbanding jenis darah yang lain. Mereka juga sangat mudah
mengadaptasi pelbagai jenis makanan. Selain itu, mereka yang berdarah O sangat
digalakkan untuk mengambil makanan yang berprotein tinggi dan rendah karbohidrat
seperti daging, buah-buahan, ikan dan sayur-sayuran.
Ingat ini, mereka yang berdarah O berisiko terkena radang dan kerosakan organ jika tersalah mengambil makanan.
#4. Menjadi perhatian.
Mereka yang berdarah O ni biasanya menjadi hiburan di dalam
sesebuah kumpulan. Mereka biasanya akan mencipta harmoni di dalam group
tersebut. Orang yang berdarah O ini juga terkenal dengan sifat pandai
menyembunyikan masalah mereka hingga nampak riang dan gembira walaupun sedang
menghadapi masalah yang banyak!
#5. Dicintai semua
orang.
Ini Mrejoy suka nak tulis. Hehehe. Dari pembacaan, di antara
Kelebihan mereka yang berdarah O ini
adalah, mereka dicintai orang sekeliling. Ini mungkin kerana sifatnya yang
mudah mesra dengan orang lain. Ianya juga mungkin terkait dengan sifat mereka
yang berdarah O iaitu jujur. Mereka tidak suka menyimpan sesuatu di dalam hati
mereka dan sering meluahkan apa yang mereka rasa.
Oklah. Inilah antara Kelebihan
mereka yang berdarah O. Apa pun, setiap kejadian Allah itu pasti ada
kelebihannya. Perkongsian ini sekadar ilmu sahaja. Jangan ada pula nanti,
rakan-rakan Mrejoy yang berdarah O, merasa terlalu bangga ya! hehehe. sekian,
terima kasih. J
0 Comments