5 kelebihan makan coklat yang ramai orang tidak tahu.

5 kelebihan makan
coklat yang ramai orang tidak tahu | Assalamualaikum & salam sejahtera.
Ramai tak peminat coklat di sini? Mrejoy mungkin salah seorang pengemar coklat
dalam dunia ni. Dan kebiasaannya, Mrejoy akan ambil ketika tension. Tak pasti
kenapa, tapi selepas sahaja makan coklat, rasa tenang je. Rasa boleh berfikir
dengan lebih baik. Hari ini, Mrejoy nak kongsikan dengan semua, di antara
kelebihan makan coklat ni.
5 kelebihan makan
coklat yang ramai orang tidak tahu.
Ramai sebenarnya yang beranggapan coklat adalah makanan yang
tidak sihat. Suka untuk Mrejoy beritahu, apa pun makanan dalam dunia ni, jika
kita ambil secara berlebihan, pasti akan memberi kesan yang tidak baik kepada
tubuh. Sama hal nya dengan coklat. Jika diambil secara berlebihan, ianya mampu
memberikan kesan buruk kepada kesihatan manusia.
Walaubagaimana pun, jika di ambil dengan kuantiti yang
betul, ianya mampu memberi kelebihan kepada pengemar coklat! Ayuh! Jom tengok
apakah kelebihan makan coklat!
#1. Mengurangkan risiko
serangan jantung.
Coklat hitam mampu mengurangkan risiko serangan jantung. Ini
adalah disebabkan “pembekuan platelet” menjadi lebih lambat berbanding mereka
yang tidak makan coklat. Ada 1 kajian di jerman, mereka yang makan 1 bar coklat
setiap hari mampu mengurangkan tekanan darah dan risiko serangan jantung!
#2. Mampu mengurangkan
berat badan.
Ahha! Siapa yang kata makan coklat itu mengemukkan? Hari ini
Mrejoy nak beritahu, makan coklat boleh buatkan korang jadi kurus! Percaya tak?
hehe. Dengan makan coklat, kita akan rasa lebih kenyang. Dan bila kita rasa
kenyang, kita akan kurang mengambil makanan secara berlebihan!
Lupa Mrejoy nak beritahu, korang kena ambil Dark chocolate
ya!
#3. Mampu
mengurangkan tekanan/stress!
Ya! ini yang Mrejoy lakukan! Bila stress, mrejoy akan makan
coklat, tapi bukan dengan kuantiti yang banyak ya. 1 kajian telah dibuat di
swiss yang mana mereka dapati, orang yang stress, bila mereka makan coklat
setiap hari dalam masa 2 minggu, hormon tekanan dalam tubuh mereka akan
berkurangan.
#4. Tajamkan minda.
Percaya atau tidak, coklat mampu menajamkan minda? Minuman
coklat mampu membekalkan tenaga aliran darah kepada bahagian utama otak. Ini mampu
memberikan daya pemikiran yang lebih cerdas dalam jangka masa pendek.
#5. Melegakan masalah
cirit birit.
Ini paling best. Kena cirit birit tapi tak suka makan ubat? Korang
makan je coklat! Kandungan coklat mampu mengawal cecair dalam usus kecil dan
dalam masa yang sama menyelesaikan masalah cirit birit korang! coklat sedap,
masalah selesai! Hehehe.
Dan ada banyak lagi sebenarnya kelebihan makan coklat ni. Cuma
apa yang Mrejoy nak nasihatkan adalah, ambil dalam kuantiti yang betul dan
jangan ambil secara berlebihan. Ubat-ubatan pun, jika di ambil secara
berlebihan, mampu mengundang padah! Ok semua. J
0 Comments