Kisah seram yang berlaku di Hotel Amber Court Genting Highland.

Kisah seram yang berlaku di Hotel Amber Court Genting Highland | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari ini Mrejoy nak cerita pasal kisah seram pulak. Bukan apa, 2-3 menjak ni, cerita pasal cerita seram di Amber court, genting highland, bermain di wall facebook Mrejoy. Ini mungkin berkaitan dengan cabaran yang diberikan kepada beberapa orang blogger sempena tayangan filem seram tragis! Haunted Hotel. Jadinya, terasalah nak mencari apa yang seram sangat pasal hotel amber court ni.
Kisah seram yang berlaku di Hotel Amber Court Genting Highland.
Kalau kita search cerita seram di amber court atau cerita
hantu dekat amber court genting highland ni, memang penuh la ceritanya. Macam-macam
kisah yang dikongsikan samada daripada mereka yang dah menginap dekat sini
ataupun daripada mulut ke mulut.
Ada 1 cerita daripada mereka yang pernah menginap dekat sini
yang mana mereka ternampak 1 lembaga tanpa kepala sambil mendukung bayi dekat
bahagian lif. Cuba korang bayangkan, waktu korang nak naik ke bilik korang,
korang terserempak dengan lembaga ni yang kebetulan nak masuk lift tu, apa yang
korang akan buat? Hmm.
Ada juga cerita yang penginap di amber court genting
highland melalui pengalaman TV terbuka sendiri walaupun tiada siapa diruang
tamu. Atau perkakas di dalam rumah yang berubah kedudukannya tanpa ada orang
yang mengalihkannya!
Ada juga pengalaman berhadapan dengan lembaga yang berada di
luar tingkap bilik penginapan. Secara logiknya, dekat tempat tinggi, macamana
dia boleh terapung kan? Itu belum kisah 1 pasangan yang buat keputusan keluar
hotel amber court ni lepas beberapa minit check in sebab terdengar 1 suara
lolongan yang kuat dekat tingkat atas!

1 lagi yang agak menyeramkan mengenai amber court genting
ini adalah bangunan yang kemerah-merahan. Sebenarnya ianya adalah lumut tapi
nampak macam darah yang disimbah pulak. Dengan pelbagai kisah seram yang
dikongsikan di sini di tambah pula dengan keadaan bangunan, dah tentu ianya
menjadi semakin seram.
Cerita yang lebih seram daripada semua kisah seram di amber court genting highland.
Mrejoy sebenarnya tidak berapa tertarik dengan semua kisah
seram yang dikongsikan dalam laman sosial atau media. Sebabnya rasa mana-mana
tempat pun sama. Bukan sahaja di amber court malah di hotel first world pun
lebih kurang juga kisah seramnya.
Namun, ada 1 cerita yang buatkan mrejoy tertarik. Rasanya ini
lebih seram daripada semua kisah seram yang ada. Cerita mengenai
pekerja-pekerja asing yang menjadikan amber court ini sebagai “rumah” mereka.
Khabarnya pemilik unit di amber court telah buat bantahan kepada pihak
pengurusan berhubung isu ini.
Kenapa cerita ini
lebih seram daripada kisah seram di amber court genting highland?
Sebabnya adalah, dalam pada saat kita menjadi sangat takut
nak menginap di sana, mereka yakni pekerja asing buat rilek je tinggal di situ.
Mungkin mereka ni tiada perasaan takut atau mungkin tidak terkesan dengan apa
yang berlaku.
Kadang Mrejoy terfikir juga, ada yang bekerja dekat ladang,
hutan dan menetap dekat dalam tu. Macamana perasaan mereka ya? Ada tak terfikir
pasal kisah seram ni semua? Atau pada mereka, apa yang ada dekat situ, belum cukup
seram berbanding apa yang pernah mereka alami, mana tahu kan?
Apa pun, itu sahajalah yang dapat Mrejoy kongsikan mengenai
kisah seram yang berlaku di amber court ni. Mana-mana lokasi tinggi mahupun
hutan gunung ganang ni dah memang jadi lokasi penempatan makhluk selain
daripada manusia. Jadi, kita ni kenalah sentiasa beringat ya! Jumpa lagi. J
Tags:
Cerita MrEjoy
2 comments
boleh caya ke
ReplyDeleteEmmm.... Tiada apa2 pun berlaku sebenarnya.. cerita sahaja yang penambah perasa..
ReplyDeleteLeYa sendiri dah sertai cabaran siapa paling berani di Amber Court tempoh hari.. Alhamdulillah... bilik yg diinap juga cantik dan selesa.. Jom baca entry LeYa di sini Haunted Hotel | Pengalaman Bermalam di Amber Court, Genting Highlands