Lelaki ini Jadi viral selepas menukar suasana bosan “flight delay” kepada sesi karaoke!

Lelaki ini Jadi viral
selepas menukar suasana bosan “flight delay” kepada sesi karaoke! | Selain
daripada keseronokan melancong & mengembara, ada 1 perkara yang tidak
disukai hampir kesemua penumpang pesawat terbang iaitu “flight delay” ataupun
kelewatan penerbangan atas beberapa faktor antaranya masalah cuaca buruk
ataupun kerosakan bahagian pesawat. Bagi mereka yang mempunyai urusan penting,
ini seperti mimpi ngeri buat mereka!
Namun, suasana tertekan ini berjaya diubah menjadi suasana
yang mengembirakan apabila seorang penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa
Louis Armstrong New Orleans berjaya mendapatkan mikrofon dan mengubah suasana
menjadi seperti bilik karaoke!
Lelaki ini dilihat menyampaikan lagu R & B, yang pernah
berada di No1 di Billboard Hot 100 AS pada tahun 1996. Dia juga mendapatkan
sorakan daripada semua penumpang dengan tarian funky nya. Rata-ratanya sangat
terhibur dengan “persembahan” lelaki ini.

Kakitangan syarikat penerbangan itu juga dilihat memberikan
sokongan vocal kepada lelaki ini dan videonya telah dikongsikan ke dalam laman
sosial dan mendapat lebih daripada 15 juta views!
Lelaki ini melihat peluang ini selepas Southwest Airlines
team memberikan cadangan, perlu ada seseorang yang menyanyi bagi mewujudkan
suasana harmoni semasa penundaan. Dan lelaki ini juga berkata:
Saya suka melihat orang asing, ketawa dan menikmati saat bersama. Kita semua tiada beza!
1 Comments
Biasa orang asing memang akan buat sesuatu yang membuatkan kita happy dan ramai suka..kalau kat negara kita orang pandang jelik
ReplyDelete