7 lokasi glamping paling mewah di dunia

7 lokasi glamping
paling mewah di dunia | Assalamualaikum & salam sejahtera. Pernah
dengar mengenai glamping? Di malaysia juga punya lokasi glamping. Glamping itu
apa? Glamping adalah 1 cara percutian dalam khemah versi mewah! Tidak seperti
kebiasaan dalam konsep berkhemah, percutian versi glamping biasanya di lengkapi
dengan katil dan tilam empuk, TV, karpet dan juga aircond. Dalam post kali ini,
jom kita tengok 7 lokasi glamping paling
mewah di dunia!

#1. Sirikoi, Kenya
(MYR 5,269.45/semalam)
Dianggap sebagai salah satu kem yang terbaik di Kenya utara
oleh Syarikat Safari Mewah, Sirikoi adalah lokasi penginapan gaya glamping yang
terletak di dalam pusat pemeliharaan hidupan liar. Ia menawarkan sembilan
khemah mewah, dan direka bentuk dengan tema kolonial tradisional. Setiap kanopi
juga mempunyai dek luar.

Setiap bilik dilengkapi dengan katil double besar atau dua
katil single dan almari di belakang katil. Tetamu juga boleh berendam di dalam bathtub
sambil menikmati keindahan alam.

#2. Singita Mara River, Tanzania (MYR 5,962.60/semalam)
Terletak di Tanzania, di tengah-tengah Serengeti, Sungai Singita Mara adalah sebahagian daripada rizab 350,000 ekar yang dikhaskan untuk pemuliharaan dan anti-pemburuan haram. Lokasi ini menyediakan empat khemah satu bilik dan dua khemah keluarga. Selain daripada Suasana semulajadi, anda boleh menikmati kehidupan haiwan liar dari tingkap bilik anda!
#3. Clayoquot Wilderness Resort, Canada (MYR 6,818.24/semalam)
Terletak di Pulau Vancouver di Kanada, Clayoquot Wilderness Resort dibina di persisiran sungai. Resort konsep eko-safari ini mempunyai 25 khemah mewah yang diatur di sepanjang pinggir sungai dan di lereng bukit. Pengunjung boleh memilih pelbagai tema percutian yang disediakan disini dan melakukan beberapa aktiviti menggunakan helicopter termasuklah heli-flyfishing, heli-beaching, sky-high yoga, heli-dining dan heli-ziplining!

#4. Arctic Safari
Camp, Arctic (MYR 7,063.21/semalam)
The Premium Safari Camp ini dibina menggunakan konsep kem
mudah alih di afrika dengan tambahan pelindungan daripada cuaca sejuk. Setiap tempat
tidur dilengkapi dengan tilam, duvet dan bantal yang selesa. Ianya juga
menawarkan pemandangan yang luas dengan binaan tingkap yang besar agar
pengunjung dapat “merasai” suasana di artic.

#5. Four Seasons Tented Camp Golden Triangle, Thailand (MYR 11,865.18/semalam)
Terletak di kawasan Golden Triangle di antara Thailand, Burma dan Laos, Four Seasons Tented Camp Golden Triangle menawarkan pengalaman perkhemahan mewah di tengah-tengah hutan! Menariknya di sini, selain ianya dilengkapi dengan katil bersaiz king, anda juga boleh menikmati kemudahan Wi-Fi berkelajuan tinggi.
#6. Beverly Wilshire
A Four Seasons Hotel, Los Angeles (MYR 14,920.68/semalam)
Khemah mewah yang cukup luas, di lengkapi dengan katil
bersaiz queen, candelier kristal, lampu marmar, permaidani mewah, dan tempat
tidur antik. Selain itu, anda juga dapat menikmati pemandangan indah kota los
angeles sambil menikmati makanan mewah seperti daging wagyu yang dibakar di
atas dapur api yang diperbuat daripada 24 karat gold leaf!

#7. White Desert
Camp, Antarctica (MYR 55,389.94/semalam)
Inginkan 1 percutian yang di luar kebiasaan? Ayuh datang ke
sini! Dengan perjalanan selama 6 hingga 8 hari, anda boleh menikmati percutian
gaya glamping di antartika! Diperbuat daripada panel gentian kaca yang kuat,
tebal dan mampu berhadapan dengan angin kencang, anda pasti memperolehi
pengalaman yang paling indah!
Dilengkapi dengan katil double dan katil perseorangan dengan
skrin privasi dan tandas. Juga terdapat ruang makan yang besar disini. Anda juga
boleh menikmati 3 hidangan sehari termasuk makanan laut dan barbeque.
1 Comments
Wah, memang cantiklah lokasi gampling ni, padanlah dengan harganya!
ReplyDelete