Punca cuaca panas melampau yang kini melanda malaysia

Punca cuaca panas
melampau yang kini melanda malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam
beberapa hari ini, pasti ramai yang boleh rasa cuaca panas yang lain daripada yang
lain bahangnya. Kata orang, kalau sidai baju, dah boleh kering beberapa trip
dah. Fenomena cuaca panas melampau ni pernah melanda malaysia dan ramai yang terkena
strok haba ketika itu. Anak-anak Mrejoy yang berada dekat rumah memang betul
tak selesa dan kerap mandi. Sebab katanya tak tahan panas.
Punca cuaca panas melampau yang kini melanda malaysia.
Daripada info yang Mrejoy baca daripada perkongsian dalam
laman media sosial, fenomena panas terik melampau yang kini melanda malaysia
adalah disebabkan tempias daripada Taufan Lan yang kini melanda Filipina.
Dan katanya lagi, cuaca panas terik melampau ni akan melanda malaysia sehingga minggu hadapan.
Daripada apa yang Mrejoy faham, taufan ni “menarik”
kelembapan yang ada disemenanjung dan dibawa ke kawasan berdekatan taufan terutamanya
sabah. Dan kesan daripada itu, bahagian semenanjung malaysia jadi kurang
berawan dan insolasi (radiasi pancaran matahari) yang menyebabkan suhu
meningkat luarbiasa.
Kesan ini katanya hanya berlarutan beberapa minggu sahaja.
Kalaulah lebih lama, mungkin kita perlu melakukan sesuatu agar tidak terkesan
dengan cuaca panas yang melanda malaysia sekarang. Apa yang sebenarnya
merisaukan mrejoy sekarang adalah Strok haba!
Malam tadi, sempat juga mrejoy rasa suhu dekat badan
anak-anak Mrejoy. Takut juga, yelah, anak-anak ni bukan mereka nak cakap badan
mereka panas ke macamana. Tahu-tahu demam je. Bila dah demam tu yang jadi makin
risau. Demam dan ditambah dengan cuaca panas melampau. Merisaukan!
Tips elak terkesan dengan cuaca panas terik.
Ada banyak sebenarnya tips yang dikongsikan agar kita tak
terkesan dengan cuaca panas ni antaranya adalah menggunakan penghawa dingin di
rumah. Namun bagi mereka yang tidak berkemampuan, ada banyak lagi tips lain
antaranya adalah:
- Kerap mandi (sejukkan badan)
- Elakkan berada di tempat terbuka dan kurangkan aktiviti luar.
- Banyakkan minum air putih.
- Tidak memakai pakaian yang menyerap haba (seperti hitam).
Oklah, setakat itu sahaja yang boleh Mrejoy kongsikan dengan
korang mengenai cuaca panas terik yang melanda malaysia sekarang. Apa pun,
setiap kejadian Allah itu pasti ada hikmahnya. Contohnya kita rasanya cuaca
panas ni menggangu kita, tapi ianya memberikan rezeki yang lebih kepada peniaga
air. Ok. J
3 Comments
Salam singgah. Anda dijemput join GA saya! :)
ReplyDeletehttp://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html
Anak-anak saya pun mandi malam srbrlum tidur sebab cuaca panas sangat.
ReplyDeleteJangan keluar dari Rumah kecuali.terpaksa seperti bekerja
ReplyDelete