Rantai anak pada tong gas hanya kerana tak mahu ke sekolah.

Rantai anak pada tong
gas hanya kerana tak mahu ke sekolah | Marah! Geram! Semua ada! Tak sanggup
Mrejoy tengok gambar-gambar seorang ayah yang rantai anak dia dekat tong gas
hanya kerana keengganan si anak untuk ke sekolah. Mrejoy juga punya anak lelaki
tetapi belum sampai nak merantai anak sendiri. Kata orang, kita tak berada
dekat tempat dia, jadi tak tahu apa yang berlaku. Tapi, kalaupun anak tu
terlalu nakal, janganlah sampai merantai macam tu.
Khabarnya waktu polis pecah masuk ke dalam rumah, anak
malang ni tak sedarkan diri. Sedih Mrejoy tengok anak kecil ni. Di rantai
ibarat, ish! Tak sampai hati nak menulis. Apa pun, kes anak ni dah sampai ke
pihak polis, biarlah pihak polis yang siasat ya.
KUANTAN – Seorang bapa sanggup bertindak di luar batas kemanusiaan dengan merantai anaknya berusia 10 tahun pada tong gas di sebuah rumah di Indera Mahkota di sini, dipercayai kerana tidak tahan dengan kedegilan anaknya yang tidak mahu ke sekolah.
Perbuatan bapa berusia 35 tahun itu terbongkar selepas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) melakukan pemeriksaan di rumah tersebut setelah menerima maklumat awam kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pemeriksaan dilakukan polis menemukan seorang kanak-kanak berada dalam keadaan leher dirantai pada tong gas.
Katanya, polis memecah masuk ke dalam rumah itu dan cuba mengejutkan mangsa namun kanak-kanak tersebut didapati tidak sedarkan diri.
“Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan,” katanya di sini hari ini.
Menurut Abdul Aziz, bapa kanak-kanak itu ditahan reman selama seminggu di Lokap Balai Polis Kuantan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.
Katanya, isteri suspek berusia 30 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.
Difahamkan, mangsa yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik bersekolah di sebuah sekolah di sini dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Sumber : Utusan Online
0 Comments