5 sebab kenapa korang kena balik kerja On time!

5 sebab kenapa korang
kena balik kerja On time! | Assalamualaikum & salam sejahtera. Kalau
tengok pada tajuk kali ini, dah macam petanda
kita dah bosan dengan kerjaya sekarang bunyinya. Tapi bukan ya! Ianya lebih
kepada cara bekerja yang lebih produktif dan berkesan! Aku sangat pasti, ramai
daripada kalangan mereka yang makan gaji, senantiasa melihat jam dan
berkira-kira waktu nak balik kerja! Yang sebenarnya, tak salah pun kita balik
kerja on time! Kerana memang kita dibayar berdasarkan waktu kerja kita. Tapi
ramai majikan yang tak sedar mengenai hal ini. Pada mereka, balik kerja awal
bermakna kita tiada kerja! Ulps!
Lupakan tentang itu! Jom kita tengok 5 sebab kenapa korang kena balik kerja On time!
#1. Kerja tak akan
pernah habis!
Percaya atau tidak kalau aku cakap kerja kita tak akan
pernah habis! Kalau habis pun, pasti akan ada kerja baru yang majikan kita akan
beri. Jadi, kenapa nak kerja sampai lewat malam? Hari esok kan ada? melainkan
kerja korang perlu disiapkan mungkin kerana ianya perlu di hantar esok. Tapi kenapa
tak buat awal-awal kan?
Melalui perancangan yang betul, setiap kerja pasti akan
dapat diselesaikan mengikut masa yang di tetapkan! Dan atas alasan itu! Jom
balik kerja on time!
#2. Ada orang
tersayang yang sedang menunggu di rumah.
Ianya mungkin isteri atau anak-anak, atau ibubapa atau
sesiapa sahaja! Bayangkan kita berkerja dari pagi hingga ke petang! Kemudian
ada yang melanjutkan sehingga ke malam! Di tambah pulak berkekalan 7 hari
seminggu! Dalam sedar tak sedar, anak dah masuk sekolah pun! Semuanya sebab
kita sibuk dengan kerja!
Kerja ni tak akan habis! Bekerja dari muda membawa ke tua. Dan
ada yang masih bekerja dalam usia emas. Anak-anak tetap membesar. Jadi hargai
masa yang ada ya.
#3. Bekerja untuk
hidup bukan hidup untuk berkerja
Faham tak maksud tu? Ianya sama macam, makan untuk hidup dan
bukannya hidup untuk makan. Hidup kita ni bukan semata-mata untuk bekerja. Ada
banyak lagi perkara yang perlu kita buat. Jadi kenapa penuhkan masa yang ada
hanya dengan kerja? Cukup-cukuplah tu. Tak bosan ke menghadap kerja dari pagi
membawa ke pagi esok? Hehehe.
Kehidupan ada sesuatu yang perlu dinikmati. Ok? J
#4. Kita manusia
bukan mesin.
Mesin tu yang jalan tak berhenti pun boleh rosak inikan kita
manusia yang dikurniakan perasaan. Teringat kata seorang rakan pada aku, mereka
yang menghabiskan kesemua masa mereka dekat tempat kerja tu adalah mereka yang “forever
alone”! aduh! Perit juga kalau nak terima ayat ni. Dia ibarat, kita ni macam
tiada dunia luar. Dilahirkan hanya untuk bekerja. Ish!
#5. Bukan bos yang berada di samping ada ketika anda sakit.
Akhir sekali, kenapa
korang kena balik kerja On time adalah, hidup kita ni tak sentiasa sihat
sepanjang hayat. Ada masanya, kita akan diuji dengan ujian kesihatan. Menghabiskan
masa 365 hari di tempat kerja, atau mungkin menjadi pekerja terbaik. Jika di timpa
musibah, yang akan sentiasa berada di samping korang bukan bos! Sebaliknya ahli
keluarga! Mereka akan sentiasa bersama anda walaupun mungkin korang lebih setia
kepada kerjaya.
Hargai orang tersayang! Kerja hilang boleh cari lain kerana
rezeki Allah sangat luas. Hilang orang tersayang, tak mungkin ada galang
gantinya. Ok? J
0 Comments