Sinopsis filem tombiruo 2017

Sinopsis filem
tombiruo 2017 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Nampaknya ramai
penonton yang memberikan 5 bintang kepada file mini. Mungkin kerana hero filem
ini sedang meletop dengan tayangan drama Titian cinta agaknya? Atau mungkin
benar, filem ini merupakan salah satu filem yang terbaik 2017? Buat mereka yang
belum menonton Tombiruo, ini adalah sinopsis filem yang kini ditayangkan seluruh
malaysia.
Sinopsis filem
tombiruo 2017.
Filem ini adalah adaptasi daripada novel tombiruo tulisan
Ramlee awang murshid. Filem ini dibuat berlatarbelakangkan negeri di bawah
bayu, sabah. Diarahkan oleh Nasir jani dan seth larney. Di antara nama-nama
besar yang membintangi filem ini adalah Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda,
Faizal Hussein dan M. nasir.
Filem tombiruo ini mengisahkan dendam ejim (lakonan zul
ariffin) yang memiliki wajah yang tidak sempurna yang kematian ayahnya. Misi ejim
untuk mencari pembunuh ayahnya diganggu oleh Amiruddin (farid kamil) yang dalam
memburu ejim atas kematian isternya, salina.
Ejim digelar sebagai tombiruo kerana dia dianggap sebagai
penunggu rimba. Kehidupan ejim juga tersisih daripada masyarakat setempat
kerana wajahnya yang tidak sempurna seperti manusia lain.
Dalam 1 babak, wong serta kuncu-kuncunya membuat kacau di
kampung dan 1 insiden telah berlaku yang mana ianya menimbulkan kemarahan pada
tombiruo.
Dalam masa yang sama, amiruddin merasakan tombiruo adalah
punca kepada kesusahan hidup keluarganya dan mula mencari tombiruo. Wujud pengelutan
di antara mereka yang mana masing-masing ingin menegakkan kebenaran.
Dalam masa masalah timbul di antara Amiruddin &
tombiruo, muncul pula seorang wartawan bernama wan Suraya. Mulanya dia mengikuti
perkembangan isu syarikat tan sri berham tapi terlibat dalam usaha menjejaki
tombiruo. Dia sangat bertekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang
berlaku.
Dan daripada situ, Banyak aksi menarik dan babak-babak yang
akan buatkan korang tak sempat untuk tidur di dalam pawagam. Maka tidak
hairanlah kenapa filem tombiruo layak mendapat 5 bintang! Untuk mengetahui
apakah kesudahan file mini, korang kena datang sendiri ke pawagam terdekat.
Mrejoy pasti, korang akan rasa berbaloi dengannya! Ok? J
0 Comments